awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Besar ucap takziah kepada keluarga Zayn Rayyan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2023
00:45 MYT
Menteri Besar ucap takziah kepada keluarga Zayn Rayyan
Tangkap layar hantaran Menteri Besar menerusi aplikasi X.
SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang disahkan meninggal dunia pada Rabu selepas dilapor hilang sejak Selasa.
"Inalillahwainnailaihirajiun. Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Adik Zayn Rayyan.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan di syurga penuh nikmat," kata Menteri Besar menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis.
Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai kira-kira jam 10 malam.
Menurutnya, sungai itu berjarak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula jam 9 malam.
Sebelum itu, Zayn Rayyan disedari hilang sejak jam 12.30 tengah hari pada Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak autisme
#kanak-kanak hilang
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#Damansara Damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan