Kaum bukan Melayu digalak untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Latihan Pertanian (ILP) dalam membantu negara untuk memperkasa pembangunan sektor pertanian tempatan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata buat masa ini hanya kira-kira lima peratus kaum bukan Melayu mengikuti pengajian di ILP sementara selebihnya adalah kaum Melayu.
"Sehingga kini kementerian melahirkan lebih 19,000 graduan terlatih semenjak 1969," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pertanian Kelapan di sini pada Sabtu.
Selain ILP beliau juga berhasrat agar kaum bukan Melayu terlibat dengan pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan kementerian.
"Graduan ILP mendapat tempat yang yang baik dalam pasaran kerja dengan kira-kira 70 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh setahun manakala selebihnya memilih untuk bekerja sendiri," katanya.
Beliau juga berkata penggunaan teknologi adalah elemen penting yang mampu menarik minat golongan belia bagi menjadikan sektor agromakanan sebagai kerjaya pilihan.
"Saya mengharapkan engagement dapat dibuat dengan syarikat-syarikat pengeluar makanan antarabangsa seperti KFC, McDonald, Pizza Hut supaya mereka memberi peluang kepada graduan ILP untuk menyertai mereka," katanya.
Kementerian akan cuba untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat berkenaan agar lebih ramai graduan ILP mendapat pekerjaan selain menimba pengalaman dan ilmu dalam teknologi pemakanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018
Salahuddin menyampaikan sijil Anugerah Khas Ketua Setiausaha Kementerian kepada Aizuddin Zainudin (kanan) pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kelapan di MAEPS, Serdang, 6 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.
Kaum lain tidak perlu takut dengan GTA - Dr Mahathir
Jelas bekas Perdana Menteri itu, Melayu sanggup berkongsi negara dengan orang lain, tetapi perkongsian tersebut perlu adil.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Putra fokus di Selangor, Perak bagi memenangi PRU15 - Ibrahim Ali
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata kedua-dua kawasan berkenaan dikategorikan sebagai 'kawasan kritikal' berikutan parti bukan Melayu dilihat lebih banyak mendominasi pemerintahan negeri.
DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah
Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.
Menteri galak lebih ramai bukan Melayu sertai ILP
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata buat masa ini hanya kira-kira lima peratus kaum bukan Melayu mengikuti pengajian di ILP sementara selebihnya adalah kaum Melayu.
Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO
Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.
Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipajakkan kepada bukan Melayu
Cadangan UDA Holdings supaya kerajaan membenarkan Tanah Rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk meningkatkan kebolehpasaran tanah tidak dapat dilaksanakan buat masa ini.