KUALA LUMPUR: Menteri Kabinet mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya hari ini dengan masing-masing berharap tuah Tahun Harimau kali ini terus membawa kemakmuran dan kekuatan kepada Keluarga Malaysia.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata Tahun Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian yang sentiasa wujud dalam kalangan Keluarga Malaysia.
"Ia jelas dapat dilihat tatkala negara berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kesemua ini dapat didepani dan diharungi dengan tabah sekali.
"Semangat berjuang, kebersamaan dan penyatuan dalam Keluarga Malaysia mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dan kesepakatan yang telah sekian lama terbentuk dan wujud antara kita," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong melalui hantaran di laman Facebook berharap semoga Tahun Harimau ini memberikan kekuatan dan dikurniakan kesihatan baik.
"Kepada mereka yang menggunakan jalan raya, jadilah pengguna berhemah. Pastikan mendapat rehat secukupnya dan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan," katanya.
Beliau juga menasihati rakyat bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ditetapkan demi menjaga keselamatan diri dan insan tersayang sepanjang musim perayaan yang penuh bermakna ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali pula berharap agar Tahun Baharu ini membawa kebahagiaan, kemakmuran, kesihatan dan kekayaan.
"Sayugia Tahun Harimau membawa ciri-ciri keharmonian dan kebersamaan, kekuatan dan ketekunan, daya tahan dan keberanian," katanya dalam kenyataan.
Beliau juga mengajak rakyat Malaysia merayakan Tahun Baharu ini dengan komitmen dan semangat untuk berganding bahu, bekerja sepenuh tenaga demi mengatasi cabaran pandemik COVID-19 dan menjamin pemulihan ekonomi yang rancak dan lestari.
Tegasnya, iltizam dan keyakinan penuh, negara akan melakar kejayaan yang berkekalan sebagai Keluarga Malaysia.
"Marilah kita merayakan Tahun Baharu Cina dengan penuh muhibah, saling menghormati, perpaduan utuh, memperkukuh ikatan sebagai bangsa yang progresif dan bermaruah sekali gus bergerak untuk mencipta masa hadapan lebih gemilang," katanya.
Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Harun pula menyeru supaya Tahun Baharu kali ini diraikan dengan semangat muhibah, harmoni dan penuh keceriaan.
"Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh sahabat Tioghua di negara ini. Semoga permulaan lembaran baharu 'harimau' ini menyemarakkan semangat perpaduan serta membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan berterusan kepada Keluarga Malaysia," katanya dalam hantaran Facebooknya semalam.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berharap sambutan tahun baharu ini membawa bersama kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada rakyat Malaysia.
"Selamat Tahun Baharu Cina saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia. Raikanlah perayaan ini dalam suasana norma baharu demi kesejahteraan semua, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le," ucapnya.
Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Tan Sri SA Vigneswaran turut tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina sambil berharap ia dapat dirai dalam suasana saling memahami dan perasaan hormat-menghormati antara kaum.
"Seperti semua sedia maklum, tahun ini adalah Tahun Harimau dan haiwan ini yang terkenal dengan ciri-ciri bertenaga, kekuatan dan keberanian diharapkan membawa kemuliaan, kecergasan dan keazaman di sepanjang tahun 2022," katanya dalam kenyataan.
Beliau yang juga Presiden MIC berkata kesanggupan rakyat Malaysia untuk meraikan kepelbagaian yang terdapat dalam masyarakat membuktikan ia sebagai suatu kekuatan kepada negara untuk terus maju dan berdaya saing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina, tokong akan dihiasi dengan colok yang disembahkan oleh masyarakat Cina. Kelihatan susunan colok dibakar di tokong Thai Pak Koong di Lebuh King, George Town, 31 Jan 2022. -- fotoBERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Agong, Raja Permaisuri hadir Majlis Menjunjung Kasih LBS
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Menjunjung Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).
Tahun Baharu Cina: 2.4 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menjangkakan lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sepanjang cuti sambutan Tahun Baharu Cina, pada tahun ini.
Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina
Jualan tiket bas ekspres dari bandar raya ini ke semua destinasi di Semenanjung didapati laris sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Perak sasar 40,000 hadir rumah terbuka Tahun Baru Cina 29 Jan ini
Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran dengan sasaran kehadiran 40,000 tetamu di Taman Tema Lost World of Tambun pada 29 Jan ini.
Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.
Empat keluarga hilang tempat tinggal rumah terbakar
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 2.05 pagi sementara operasi ditamatkan pada jam 3.52 pagi.
Ini lapan iklan Tahun Baharu Cina yang perlu anda tonton, tampil keindahan perayaan di Malaysia
Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.
Menteri Kabinet harap Tahun Harimau bawa kemakmuran
Tahun Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian yang sentiasa wujud dalam kalangan Keluarga Malaysia.
June Wei ketepi 'hari raya' Cina berlatih di Dubai
Dia dijadual berlatih bersama Axelsen dan rakannya di Kompleks Sukan Nad Al-Sheba, Dubai selama kira-kira dua minggu.
Tahun Baharu Cina: Sambutan kru Shenzhou-13 di angkasa lepas
Tiga angkasawan itu menghiaskan modul teras stesen berkenaan dengan tanglung dan seni tulisan kaligrafi Chun Lian.