NATIONAL
Menteri kabinet ucap Selamat Hari Ponggal

Eswari Subramaniam (kanan) memasak beras, susu, dan gula perang dalam periuk tanah liat sehingga melimpah bagi menyambut Pesta Ponggal yang disambut hari ini ketika tinjauan di Jalan Tengku Kelana. -Gambar haisan/Bernama
KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet, melalui hantaran media sosial masing-masing, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat Tamil di Malaysia hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook berharap pesta menuai itu akan membawa kegembiraan dan kemakmuran.
"Selamat Hari Ponggal! Semoga pesta menuai ini membawa kebahagian yang tidak terhingga, kemakmuran dan kesihatan kepada anda dan orang tersayang. Ponggal Valthukal," katanya.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada semua komuniti Tamil di Malaysia.
"Saya juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat jadikan perayaan ini sebagai antara pemangkin perpaduan negara," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula mengajak rakyat merayakan sambutan Hari Ponggal dengan semangat yang sihat dan hati yang gembira.
"Kesihatan adalah kekayaan. Kebahagiaan adalah penawar .... Selamat menyambut Hari Ponggal," katanya dalam hantaran melalui Facebook.
"Masyarakat India khususnya Tamil meraikan perayaan Ponggal bagi menandakan sambutan musim menuai serta sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki yang melimpah-ruah.
"Hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu. Anaivarukkum Iniya Ponggal Nal Valthukkal," katanya dalam hantaran menerusi Facebook.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendoakan agar sambutan Hari Ponggal tahun ini memberi kemakmuran, kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan untuk semua.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami