KUALA LUMPUR:Jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara bukan sahaja menjalani kuarantin selama tiga hari tetapi mereka juga tertakluk kepada pengawasan sebelum boleh dilepaskan supaya tidak membahayakan orang ramai, kata peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah.
Beliau berkata tempoh kuarantin terhadap menteri berkenaan juga bukan hanya diwajibkan selama tiga hari, sebaliknya tempoh berkenaan bergantung kepada keadaan individu tersebut sebaik pulang dari luar negara.
Oleh itu beliau berkata dalam hal ini, rakyat perlu sedar dan faham bahawa tidak timbul isu menteri hanya dikuarantin selama tiga hari kerana Warta Kerajaan Persekutuan terbaharu di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang disiarkan dalam laman web Jabatan Peguam Negara pada 8 Feb menyatakan bahawa jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
"Rakyat harus faham sistem pengecualian hanya boleh diberi kepada mana-mana menteri yang pulang dari luar negara bagi tujuan lawatan rasmi.
"Lawatan rasmi ini perlu kerana kerajaan yang dibentuk harus mengadakan lawatan seumpama ini untuk mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada di samping memperluaskan ekonomi dan mendapat pelaburan dari negara terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Haaziq menjelaskan bahawa menteri yang melakukan lawatan rasmi ke luar negara semestinya tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh negara yang dilawati.
"Terdapat perbezaan antara rakyat biasa dengan menteri yang membuat lawatan rasmi. Bagi rakyat biasa, kita mungkin tidak tahu ke mana dan siapa yang mereka telah berjumpa.
"Tetapi, lawatan rasmi oleh mana-mana jemaah menteri, mereka perlu mengikut protokol yang ditentukan oleh kerajaan negara yang dilawati. Saya yakin antara protokol yang disyaratkan oleh negara yang dilawati semestinya ketat," katanya.
BACA: Tempoh kuarantin 3 hari sahaja adalah berbahaya - Najib
BACA: Isu kuarantin: Bertanya pun kena saman? - Puad Zarkashi
Sementara itu, peguam Datuk Adnan Seman@Abdullah berkata berdasarkan Seksyen 29 (1) Akta (342) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan akta tersebut atau mana-mana peraturan di bawah akta berkenaan.
"Seksyen 29 (2) akta sama pula memberikan kuasa kepada menteri untuk membuat perintah di bawah subseksyen 1 mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut.
"Berdasarkan kuasa menteri di bawah Seksyen 29 inilah, menteri yang kembali daripada lawatan rasmi di luar negara diberi pengecualian dengan hanya perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai berbanding tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan sebelum ini bagi mereka yang masuk dari luar negara," katanya.
BACA: COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari
BACA: Tuduh PM enggan dikuarantin, Mohd Puad Zarkashi dituntut mohon maaf
Peguam itu berkata walaupun tempoh kuarantin tiga hari diberikan kepada anggota jemaah menteri selepas pulang dari luar negara atas urusan rasmi, namun mereka telah pun melalui SOP kesihatan dan pergerakan yang ketat sebelum mengunjungi negara lain.
Menurut Adnan, tiga hari sebelum anggota jemaah menteri berlepas ke luar negara, mereka akan menjalani ujian swab COVID-19 serta melalui SOP kesihatan dan pergerakan yang ketat kerana akan bertemu rakan sejawatan negara yang dikunjungi.
Bagaimanapun, peguam itu berkata tempoh yang lebih panjang boleh dikaji semula bagi mengelakkan ianya dipolemikkan di samping mempunyai satu standard tempoh kuarantin untuk semua yang pulang ke Malaysia dari negara luar.
BACA: Tarik balik SOP kuarantin baharu untuk menteri, gesa Kit Siang
BACA: Kuarantin tiga hari: Menteri perlu patuh syarat ketat
Selain itu, Adnan berkata sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia baru-baru ini, pihak Indonesia telah memberikan lampu hijau berkaitan 'Reciprocal Green Lane/Travel Corridor Arrangement (RGL/TCA)' atau lebih dikenali sebagai 'gelembung perjalanan'.
"Maka pengecualian di bawah Seksyen 29 wajar diberikan bagi membolehkan gelembung perjalanan ini diperluaskan kepada negara-negara selain Indonesia terutamanya negara-negara jiran dan Asia Pasifik dan diperluaskan kepada pelbagai sektor terutamanya pelaburan dan perniagaan antarabangsa dengan penetapan SOP yang ketat.
"Sudah sampai masanya gelembung perjalanan ini diperluaskan kerana pandemik COVID-19 dijangka akan berlanjutan lebih lama lagi malah ada yang menjangkakan ia hanya akan benar-benar dapat diatasi beberapa tahun lagi. Kita perlu belajar hidup dalam suasana pandemik dan mematuhi semua SOP dan panduan yang ditetapkan. Hidup mesti diteruskan," katanya.
Peguam itu menegaskan bahawa ekonomi negara dan kehidupan rakyat perlu segera dipulihkan dan diberi perhatian penuh kerana kadar pengangguran akan terus meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Mohd Haaziq menjelaskan, menteri yang melakukan lawatan rasmi ke luar negara semestinya tertakluk kepada SOP ketat negara yang dilawatinya. - Gambar fail
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.