awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari

Isabelle Leong
Isabelle Leong
08/02/2021
14:26 MYT
COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari
Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tempoh pemerhatian bagi menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari, berkuat kuasa esok.
Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan hari ini.
Dokumen pewartaan tersebut yang bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ berkuatkuasa pada Selasa, 9 Februari hingga 1 Ogos ini.
Perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.
BACA: PM Muhyiddin berlepas pulang selepas lawatan rasmi kurang 24 jam ke Indonesia
BACA: Hishammuddin bertemu rakan sejawat di Abu Dhabi
Syarat pengecualian akta dalam perintah tersebut juga menyebut menteri Kabinet yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Untuk rekod, Seksyen 15 (1) akta tersebut memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Lawatan Luar Negara | Tempoh pemerhatian Menteri tiga hari
Topic Berkaitan
#COVID-19
#menteri
#Adham Baba
#Menteri Kesihatan
#Warta Kerajaan Persekutuan
#seksyen 15 Akta
#Syarat pengecualian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.