awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Jepun adakan lawatan kerja ke Malaysia

Bernama
Bernama
08/10/2022
11:40 MYT
Menteri Luar Jepun adakan lawatan kerja ke Malaysia
Menurut Wisma Putra kunjungan itu merupakan lawatan sulung Hayashi ke Malaysia sejak dilantik sebagai Menteri Luar Jepun pada November 2021. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Sabtu.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) kunjungan itu merupakan lawatan sulung Hayashi ke Malaysia sejak dilantik sebagai Menteri Luar Jepun pada November 2021.
Kedua-dua menteri berkenaan akan mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan hala tuju dalam memajukan hubungan yang telah terjalin serta kerjasama dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Jepun.
"Pada Mei 2022 Malaysia dan Jepun telah bersetuju untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara daripada peringkat Perkongsian Strategik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif semasa lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke Jepun," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Dalam mesyuarat dua hala itu, kedua-dua menteri akan membincangkan kaedah-kaedah dalam mengembangkan pelbagai bidang kerjasama termasuk ekonomi dan perdagangan, pendidikan, kebudayaan, pembangunan modal insan serta mewujudkan semula hubungan antara rakyat.
Kedua-dua menteri luar itu juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Wisma Putra memaklumkan lawatan dua hari Hayashi ini bertepatan dengan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) yang disambut oleh Malaysia pada tahun ini serta sambutan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun.
"Lawatan ini juga akan menjadi momentum baharu untuk membuka peluang kerjasama yang belum diterokai demi manfaat bersama kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Pada 2021, Jepun menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan berjumlah RM149 bilion (US$36 bilion).
Sehingga tahun lepas Jepun ialah pelabur asing ketiga terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek yang dilaksanakan dengan jumlah RM90.9 bilion (US$27.6 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Jepun
#Yoshimasa Hayashi
#Malaysia
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan