awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Mohamad bertemu rakan sejawat dari Syria, Azerbaijan, Yaman

Bernama
Bernama
22/06/2025
21:30 MYT
Menteri Luar Mohamad bertemu rakan sejawat dari Syria, Azerbaijan, Yaman
Mohamad menadakan pertemuan dan perbincangan dua hala dengan Asaad Hassan al-Shaibani, Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Republik Arab Syria. - Foto Facebook Mohamad
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya termasuk dari Syria, Azerbaijan, dan Yaman di luar Mesyuarat Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turkiye pada Ahad.
Mohamad telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar dan Ekspatriat Syria Asaad Hassan al-Shaibani.
Dalam pertemuan itu, al-Shaibani juga menerangkan keadaan semasa di Syria selepas jatuhnya rejim Assad dan hasrat Kerajaan Syria untuk membangunkan semula negara itu.
"Pertemuan ini penting bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia - Syria," katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
Selain itu, Mohamad juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Azerbaijan Jeyhun Bayramov.
"Alhamdulillah, pertemuan ini menjadi medan penting untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Azerbaijan serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," katanya.
Beliau juga mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Luar dan Ekspatriat Yaman Dr. Shaya Mohsin Zindani.
"Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Republik Yaman serta membincangkan isu-isu serantau yang menjadi kepentingan bersama," katanya.
Sementara itu, Mohamad telah mengadakan pertemuan singkat dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud dan mengadakan perbincangan ringkas berhubung dua hala Malaysia-Arab Saudi serta isu-isu serantau yang menjadi keprihatinan bersama.
"Hubungan baik antara kedua-dua negara terus diperkukuh melalui kerjasama strategik dan persefahaman yang erat di pelbagai peringkat, termasuk di pentas OIC," menurut hantaran di Facebook.
Di samping jadual yang padat, Mohamad juga mengadakan pertemuan dua hala bersama Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Timur Tengah, Asia dan Pasifik Mohamed Khaled Khiari di luar mesyuarat.
"Pertemuan ini membuka ruang untuk perbincangan mendalam berkenaan isu serantau serta kerjasama pelbagai hala yang lebih erat," katanya.
Mohamad juga bertemu Pemerhati Tetap Negara Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dr. Riyad H. Mansour.
"Telah saya zahirkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam pertemuan ringkas ini," katanya.
Selain itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Setiausaha Kementerian Luar bagi Hal Ehwal Politik Oman Sheikh Khalifa bin Ali bin Issa Alharthy dan Penasihat Hal Ehwal Luar kepada Kerajaan Interim Bangladesh Md. Touhid Hossain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Syria
#Yaman
#Azerbaijan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan