awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam turut sumbang kepada sektor pelancongan, ekonomi setempat - Kon Yeow
Ziarah MADANI sempena Tahun Baharu Cina perkukuh keprihatinan kerajaan
Sifat organik tanah gambut jadi cabaran dalam operasi pemadaman kebakaran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Pakistan, Malaysia bincang isu Gaza, hubungan dua hala di mesyuarat OIC

Bernama
Bernama
26/08/2025
02:20 MYT
Menteri Luar Pakistan, Malaysia bincang isu Gaza, hubungan dua hala di mesyuarat OIC
Ishaq Dar. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan di luar Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Menerusi hantaran di platform X, Dar berkata kedua-dua pihak menzahirkan solidariti teguh terhadap Palestin dan kebimbangan mendalam mengenai situasi di Gaza.
"Dengan menzahirkan solidariti teguh terhadap Palestin dan kebimbangan mendalam mengenai situasi di Gaza, kami menekankan keperluan segera untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan dan gencatan senjata kekal bagi membuka jalan ke arah keamanan yang berkekalan," katanya menerusi akaun rasmi X beliau @MIshaqDar50.
Beliau turut mengimbas kembali kejayaan Malaysia menganjurkan mesyuarat menteri-menteri Forum Serantau ASEAN (ARF) di Kuala Lumpur bulan lepas, serta libat urus beliau dengan kepimpinan Malaysia.
"Kami mengesahkan semula komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan persaudaraan yang erat melalui pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperluas hubungan perdagangan dan ekonomi, serta menggalakkan hubungan antara rakyat," katanya.
Mesyuarat tergempar OIC itu, yang diadakan sebagai respons kepada operasi ketenteraan Israel yang berterusan di Gaza, bagi menyelaras pendirian dan tindakan negara anggota terhadap krisis berkenaan.
Pertubuhan itu, yang mewakili 57 negara majoriti Islam, secara tradisinya meletakkan dirinya sebagai pembela hak Palestin dan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Ishaq Dar
#Gaza
#Hubungan dua hala
#Pakistan
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan