awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pertahanan India akan adakan pertemuan dengan PM Anwar

Bernama
Bernama
08/07/2023
10:10 MYT
Menteri Pertahanan India akan adakan pertemuan dengan PM Anwar
Singh akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan semasa lawatannya yang bermula pada Isnin. -Gambar fail/dpa
NEW DELHI: Menteri Pertahanan India Rajnath Singh akan berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi meningkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala.
Singh akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan semasa lawatannya yang bermula pada Isnin, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan India pada Sabtu.
Perbincangan dengan rakan sejawatan dari Malaysia itu bertujuan untuk "menilai semula kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara dan meneroka inisiatif baharu" bagi mengukuhkan lagi hubungan.
Kedua-dua pemimpin turut akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.
"India dan Malaysia mementingkan keamanan dan kemakmuran di seluruh rantau.
"Kedua-dua negara demokrasi itu mempunyai hubungan yang kukuh dan pelbagai yang telah berkembang merangkumi beberapa bidang strategik, termasuk pertahanan dan keselamatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Pertahanan India
#Rajnath Singh
#Anwar Ibrahim
#hubungan pertahanan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan