ALOR GAJAH: Sungai Linggi di sini yang bersempadan dengan dua negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan bukan sahaja memberi keunikan dari segi geografi, tetapi juga menawarkan juadah enak untuk dicuba.
Kawasan sungai itu yang menjadi habitat hidupan sungai terutamanya udang galah memberi inspirasi kepada pemilik Restoran Terapung Sungai Linggi, Noor Alisa Ann Md Samian, 40, bagi menghidangkan menu klasik dari Negeri Sembilan iaitu masak lemak untuk dinikmati pengunjung terutamanya pelancong dan kaki pancing.
"Memandangkan udang galah ialah hidupan paling banyak didapati di sekitar Sungai Linggi dan lokan pula signature kawasan ini, jadi saya gabungkan dua hidupan sungai ini untuk menjadi menu tarikan.
"Jadi, kami tawarkan hidangan klasik iaitu masak lemak udang galah dan masak lemak cili api ikan siakap, manakala pelengkap bagi hidangan itu ialah lokan yang dimasak sama ada direbus atau dengan sambal," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Restoran Terapung Sungai Linggi @ Taman Lokan itu menerima kunjungan lebih 30 pengamal media dari Melaka dan Johor termasuk jemputan khas Tourism Malaysia Wilayah Selatan bagi memperkenalkan lokasi tarikan pelancongan di Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024.
Noor Alisa Ann berkata restoran yang baru beroperasi kurang dua bulan itu hanya menawarkan dua set hidangan dengan harga RM30 dan RM50, dan setakat ini sambutan amat menggalakkan.
"Rata-rata pengunjung yang tiba menggunakan perkhidmatan Eco Cruise Sungai Linggi atau tempahan secara persendirian yang dilakukan lebih awal. Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad kami sediakan menu klasik, manakala pada hari biasa kami tawarkan masakan panas (gorengan) buat pelancong atau kaki pancing yang singgah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Restoran yang baru beroperasi kurang dua bulan itu hanya menawarkan dua set hidangan dengan harga RM30 dan RM50. - Foto BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Rumah terbuka Aidilfitri meriah, erat hubungan kaum
Kemeriahan sambutan Aidilfitri hari ini bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini malah turut diraikan masyarakat berbilang kaum menerusi penganjuran rumah terbuka.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan akan dipinda - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
Negeri Sembilan setuju terima geran RM500,000 daripada KBS
Negeri Sembilan bersetuju menerima geran berjumlah RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf sistem perparitan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Songket 'bunga lado' serlah identiti Negeri Sembilan
Setelah 26 tahun, songket Negeri Sembilan akan dihidupkan semula dengan bermotifkan 'Bunga Lado' yang merupakan antara sembilan identiti di negeri ini.
N. Sembilan akan rujuk ketetapan jawatankuasa khas dalam perkasa undang-undang syariah - MB
Setakat ini, tiada keperluan mewujudkan jawatankuasa di peringkat negeri bagi membincangkan perkara berkenaan.