awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merdeka Center bakal lancar kajian kesan GST

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
11/04/2015
06:34 MYT
Merdeka Center bakal lancar kajian kesan GST
Merdeka Centre bakal menjalankan satu kajian mengenai keberkesanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia.
Pusat banci dan kaji selidik pendapat, Merdeka Center akan menjalankan satu kajian mengenai kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas ia dilaksanakan di negara ini bermula 1 April lalu.
Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata tujuan kajian itu adalah untuk mengenal pasti perspektif rakyat terhadap pelaksanaannya.
“Kita ingin tahu adakah GST membebankan, apa kesan GST terhadap rakyat dan sebagainya,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Ibrahim berkata kajian itu akan dilancarkan di portalnya dalam masa dua minggu lagi.
“Kami mensasarkan pengundi berdaftar. Keputusan kajian itu akan diketahui pada awal Mei, iaitu lebih kurang sebulan daripada tarikh pelaksanaan GST,” katanya lagi.
Hasil kajian itu nanti boleh di akses di http://www.merdeka.org/
Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus, yang bermula pada 1 April, adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Ramai pihak terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan cukai itu.
Baru-baru ini, pemantauan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati harga bagi kebanyakan barangan dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus selepas pelaksanaan GST.
Selain itu sekretariat ‘Kita Lawan’ yang terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan mahasiswa bakal menganjurkan satu perhimpunan membantah GST pada 1 Mei di ibu kota.
Perhimpunan itu mensasarkan penyertaan 1 juta rakyat Malaysia di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#GST
#ibrahim suffian
#Kajian
#Merdeka Center
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan