Selaras meriam dan selaras mortar ditemukan semasa kerja-kerja ekskavasi dijalankan pada struktur pertahanan luar dan terusan yang mengelilingi Kota Cornwallis, di sini bakal melengkapkan data sejarah awal mengenai kota lama itu.
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata kerja-kerja ekskavasi pada Jumaat lepas, di tapak berkenaan yang dilakukan oleh 12 penyelidik telah menemukan selaras meriam dan selaras mortar yang berusia lebih 200 tahun.
Menurutnya, penemuan meriam dan mortar itu ada bersebelah satu sama lain dan akan dihantar ke USM untuk pemuliharaan dan analisis selanjutnya.
"Hasil penemuan meriam dan mortar ini bakal melengkapkan data sejarah awal di Kota Cornwallis dibina oleh British dan diduduki oleh Jepun," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini pada Ahad.
Beliau berkata mengikut rekod sejarah awal Pulau Pinang, di tapak Kota Cornwallis ini mempunyai lebih 100 meriam dan lebih kurang 10 mortar yang masih tertanam di bawah tanah.
"Kerja-kerja ekskavasi yang bermula hujung tahun lepas akan diteruskan sehingga November tahun ini bagi membersihkan tempat ini untuk menempatkan satu galeri sejarah," katanya.
Beliau berkata USM telah mendapat geran RM49,000 daripada kerajaan negeri bagi menjalankan kerja-kerja ekskavasi di tapak itu selama setahun.
Kerja-kerja ekskavasi itu diluluskan oleh Jabatan Warisan Negara dan ia sebahagian daripada usaha untuk memulihkan pertahanan dalam bentuk terusan yang mengelilingi kota berusia 232 tahun itu.
Terusan itu telah dikambus pada 1922.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 27 2019
Kon Yeow melihat meriam dan mortar zaman penjajahan British yang ditemui penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM pada Jumaat lepas semasa kerja-kerja pemuliharaan di Tapak Fort Cornwalis Padang Kota Lama. - Bernama
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
[KOLUMNIS] 150 tahun Perjanjian Pangkor: Detik hitam tergadainya tanah air
Tanggal 20 Januari 1874 bukanlah suatu tarikh yang patut rakyat Malaysia rayakan tetapi sekurang-kurangnya diingati sebagai pedoman agar kedaulatan negara tidak tergadai lagi.
PRU15: Kami bukan 'produk pelancongan', kami sebahagian arkitek pembentukan Malaysia - Presiden Baba Nyonya
Sumbangan yang diberikan oleh kaum itu dalam pembentukan Malaysia juga adalah sesuatu yang turut dirakam sejarah negara ini.
Tiada persetujuan menimbang tara dalam pertikaian Malaysia dengan waris Sultan Sulu - Tommy Thomas
Ia termaktub sepertimana di bawah bidaan undang-undang oleh waris untuk mendapatkan pampasan bagi tanah Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.
Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia
Astro bersama UB40 sehingga 2013 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love.
Letak jawatan: Sajid Javid ganti Matt Hancock
Johnson berkata, Hancock sepatutnya meninggalkan pejabat dalam keadaan berbangga dengan pencapaiannya selama ini, bukan hanya dalam menangani wabak, malah sebelum COVID-19 menyerang.
Malaysia, UK lancar buku panduan mengenai bandar raya pintar
Malaysia dan UK bersama melancarkan buku panduan bertajuk "Smart City Handbook: Malaysia" bagi memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam aspek pembangunan bandar raya pintar.
Jaguar menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025
Syarikat berkenaan ingin memberi penekanan kepada kelestarian kereta elektrik terhadap dua jenama keluarannya itu.
COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.
Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru.