awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej tular kaitkan KPPA, dua anak adalah palsu

Bernama
Bernama
09/09/2023
11:03 MYT
Mesej tular kaitkan KPPA, dua anak adalah palsu
JPA menerusi penafian yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini, memaklumkan mesej tular itu adalah tindakan yang berniat jahat untuk mengelirukan orang ramai. - Sumber foto FB myjpa
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan satu mesej tular di media sosial, yang kononnya dikeluarkan oleh anak kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed.
JPA menerusi penafian yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini, memaklumkan mesej tular itu adalah tindakan yang berniat jahat untuk mengelirukan orang ramai.
"Ini adalah tindakan yang berniat jahat untuk mengelirukan orang ramai dan masyarakat dan mencemarkan imej perkhidmatan awam.
"Hentikan sebar berita palsu! Tidak pasti jangan kongsi!," katanya.
JPA turut memuat naik tangkap layar mesej tular yang mengaitkan KPPA dan dua anaknya serta nombor telefon yang digunakan bagi menyebarkan mesej berkenan.
Turut dimuat naik adalah tangkap layar laporan polis yang dibuat mengenai mesej tular itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#Zulkapli Mohamed
#penafian mesej tular
#cemar imej perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan