awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej tular minta warga emas di Ipoh hubungi Bilik Gerakan Vaksin COVID-19 palsu

Bernama
Bernama
03/06/2021
21:04 MYT
Mesej tular minta warga emas di Ipoh hubungi Bilik Gerakan Vaksin COVID-19 palsu
Sehingga Jumaat lepas, seramai 237,204 orang di Perak telah menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan mesej tular yang meminta warga emas agar menghubungi nombor telefon Bilik Gerakan Vaksin COVID-19 di Stadium Indera Mulia di sini untuk mendapatkan suntikan.
Jabatan itu dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya memaklumkan mesej tersebut, yang ditujukan kepada penduduk Ipoh berusia 60 tahun ke atas untuk menggantikan individu gagal hadir janji temu suntikan vaksin, adalah palsu.
"Untuk mendapatkan maklumat berkaitan vaksin COVID-19, sila hubungi Hotline COVID-19 di talian 05-2410 252 atau 05-2410 107," menurut kenyataan itu.
Pada 26 Mei lepas, kira-kira 9,000 individu di Perak dilaporkan gagal hadir untuk janji temu vaksin dan sebahagian besar daripada mereka berusia 60 tahun ke atas.
Exco Kesihatan Perak Mohd Akmal Kamarudin pula dilaporkan berkata sehingga Jumaat lepas, seramai 237,204 orang di negeri itu telah menerima suntikan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesej tular
#palsu
#suntikan vaksin
#Ipoh
#warga emas
#jabatan kesihatan
#Perak
#Bilik Gerakan Vaksin
#COVID-19
#Facebook
#laman sosial
#vaksin
#suntikan
#Stadium Indera Mulia
#Mohd Akmal Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan