KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mesej WhatsApp di antara kontraktor projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan G. Gnanaraja tidak menujukkan bahawa mereka mahu mengenakan Lim Guan Eng.
Pegawai Penyiasat Bahagian Forensik Teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, 33, berkata hasil analisa ke atas mesej di telefon bimbit milik Gnanaraja, juga tidak mendapati sebarang unsur permusuhan di antara mereka (Gnanaraja dan Zarul Ahmad) dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan itu membaca mesej WhatsApp bertarikh 18 Ogos 2017, iaitu Zarul Ahmad telah menghantar satu mesej kepada Gnanaraja, mengatakan "Super sir, I'll bring your chocolate. Eastin?" dan Gnanaraja menjawab: "Ok Dato".
Wan Shaharuddin: Dalam mesej berkenaan adakah mereka berdua (Zarul Ahmad dan Gnanaraja) menyatakan mereka nak memberi duit kepada Lim? Wan Mohd Firdaus menjawab, "Tiada".
Wan Shaharuddin: Hanya ada perkataan 'coklat' sahaja?
Wan Mohd Firdaus: Ya, betul.
Mahkamah juga mendengar kronologi pertemuan Lim, Zarul Ahmad dan Gnanaraja di kediaman Gnanaraja, pada 2 pagi, 29 Ogos 2017 sebelum beliau meminta Zarul Ahmad mengambil beberapa gambarnya bersama Lim.
Semasa disoal balas peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, saksi itu berkata berdasarkan komunikasi di antara Gnanaraja dan Zarul Ahmad juga menunjukkan mereka berdua kawan baik.
Gobind: Kamu tahu, Gnanaraja pernah dituduh di mahkamah berkaitan kes penipuan Zarul Ahmad? Wan Mohd Firdaus menjawab "Saya tak pasti".
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Lim didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Dalam pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh oleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, pada Mac 2011.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dengan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 1 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Lim Guan Eng turut berdepan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.
Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.
Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.