awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesin padi terbalik dalam sungai, remaja lelaki dikhuatiri lemas

Bernama
Bernama
06/09/2025
11:30 MYT
Mesin padi terbalik dalam sungai, remaja lelaki dikhuatiri lemas
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaiki bersama tiga rakannya terjatuh ke dalam sungai. - Gambar/ JBPM
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra, hari ini.

Ringkasan AI
  • Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaiki bersama tiga rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Jitra.
  • Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri, seorang lagi diselamatkan oleh bomba, manakala seorang masih belum dijumpai dan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.
  • Operasi pencarian sedang dijalankan oleh JBPM Kedah dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.
"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.40 petang. Dimaklumkan, sebuah mesin padi terjatuh ke dalam sungai dan terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu seorang daripadanya dipercayai lemas.
"Kerja-kerja pencarian mangsa di permukaan sungai sedang dijalankan dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Radzi Abdul Rahim yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lagi mangsa masih belum dijumpai dan identiti kesemua yang terlibat juga belum diperolehi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesin padi
#remaja lemas
#Jitra
#Kampung Sanglang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan