awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesin tiket di stesen KTM KL diselenggara, bukan tidak berfungsi - KTMB

Bernama
Bernama
07/01/2020
14:15 MYT
Mesin tiket di stesen KTM KL diselenggara, bukan tidak berfungsi - KTMB
Pada Isnin, selepas meninjau kemudahan Jambatan Pejalan Kaki Pasar Seni yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan stesen KTM Komuter Kuala Lumpur, Loke mendapati tiga daripada empat TVM di stesen itu tidak berfungsi. - Bernama
Ketiga-tiga mesin tiket layan diri (TVM) di stesen KTM Komuter Kuala Lumpur kini dalam proses penyelenggaraan dan ujian, bukan tidak berfungsi seperti didakwa.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal dalam satu kenyataan memaklumkan ketiga-tiga mesin itu dijangka boleh digunakan hujung bulan ini.
Beliau berkata ujian ke atas ketiga-tiga mesin itu merangkumi ketahanan dan integrasi rangkaian sistem.
Kamarulzaman berkata demikian sebagai mengulas gesaan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook semalam agar KTMB memastikan mesin tersebut berada dalam keadaan baik.
Pada Isnin, selepas meninjau kemudahan Jambatan Pejalan Kaki Pasar Seni yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan stesen KTM Komuter Kuala Lumpur, Loke mendapati tiga daripada empat TVM di stesen itu tidak berfungsi.
Loke meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan insiden itu sebagai memalukan dan memberi gambaran negatif kepada imej negara terutama di mata pelancong asing.
Sementara itu, Kamarulzaman berkata dua daripada mesin tersebut merupakan milik KTMB manakala dua lagi dimiliki syarikat pengangkutan awam lain.
"Ia turut berfungsi mengeluarkan tiket yang akan diintegrasikan bagi penggunaan pelbagai produk KTMB," tambahnya.
Selain mesin tiket, para penumpang masih boleh mendapatkan tiket melalui sistem dalam talian ataupun di semua kaunter tiket milik syarikat itu.
KTMB juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Kamarulzaman Zainal
#komuter
#KTM
#KTMB
#Menteri Pengangkutan
#mesin tiket layan diri
#tvm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan