Penyedia penyelesaian ICT utama Malaysia, Mesiniaga Bhd, menubuhkan perkhidmatan pemantauan Pusat Operasi Keselamatan (SOC), dalam usaha memerangi serangan siber.
Menurut syarikat itu, melalui perkhidmatan pemantauan yang dijalankan sepanjang masa, SOC merupakan sebahagian daripada komitmennya untuk menjadi pembekal perkhidmatan keselamatan terurus (MSSP) yang boleh dipercayai dengan keupayaan SOC yang maju dalam memberikan perlindungan tertinggi terhadap ancaman keselamatan siber bagi pelanggannya.
Ia berkata pendekatan holistik SOC dalam menangani serangan siber merangkumi sebelum-semasa-selepas atau peringkat pencegahan, pengesanan, reaksi dan pemulihan dalam serangan berterusan.
"SOC Mesiniaga adalah pusat operasi keselamatan yang diuruskan di dalam negara yang membolehkan pelanggan tidak perlu risau memandangkan pasukan SOC akan mengesan, menganalisis dan bertindak balas terhadap insiden keselamatan siber menggunakan gabungan penyelesaian teknologi, algoritma automatik, perisikan ancaman dan proses operasi yang kukuh.
"SOC mempunyai jurutera, perunding dan penganalisis keselamatan, serta pengurus yang menyelia operasi keselamatan untuk memastikan isu-isu keselamatan ditangani dengan cepat selepas penemuan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pasukan memantau dan menganalisis aktiviti pada rangkaian, pelayan, pangkalan data, aplikasi, laman web dan sistem lain, mencari aktiviti luar biasa yang boleh menunjukkan kejadian keselamatan.
Menurut Mesiniaga, kemunculan, pengesanan dan tindak balas ancaman siber menjadi komponen penting dalam memastikan perlindungan tertinggi terhadap sebarang persekitaran perniagaan dalam kelemahan keselamatan.
"Jutaan ringgit telah dilaburkan oleh kebanyakan syarikat sejak bertahun-tahun untuk meningkatkan keupayaan perlindungan rangkaian, sistem, e-mel, dan web platform mereka tetapi telah terbukti bahawa lapisan perlindungan masih dapat dikompromi.
"Oleh itu, keupayaan untuk dapat dilihat, pengesanan dan tindak balas selain mempunyai perlindungan lapisan sistem telah menjadi faktor kejayaan kritikal dalam memerangi serangan siber," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018
Menurut Mesiniaga, kemunculan, pengesanan dan tindak balas ancaman siber menjadi komponen penting dalam memastikan perlindungan tertinggi. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber - Kaspersky
Serangan siber itu amat membimbangkan ketika Malaysia terus melabur dengan banyak dalam infrastruktur pusat data.
Kerajaan peruntuk RM30 juta bendung kes penipuan, pertingkat keselamatan siber
NACSA diberi tambahan perjawatan 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.
Utamakan pembinaan kepercayaan digital sebagai asas tangani ancaman siber - Gobind
Gobind berkata, dengan meningkatkan kepercayaan digital, Malaysia akan mampu bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.
Hanya dua peratus firma tempatan mampu bertahan daripada ancaman siber - Cisco
Hanya dua peratus firma di Malaysia mempunyai tahap kesediaan 'matang' bagi menangani risiko keselamatan siber termaju, susut berbanding 16 peratus pada 2023.
RUU Keselamatan Siber dibentangkan bagi bacaan kali kedua
Sebanyak 7,192 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 2022.
Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber
CyberSecurity Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.
Kaspersky dedah perincian terkini kempen penggodaman ke atas peranti iOS
Pada Jun 2023, Kaspersky menemui kempen ancaman berterusan (APT) lanjutan yang menyasarkan peranti iOS.
Kaspersky: Malaysia catat ancaman siber yang rendah pada suku kedua 2022
Ancaman siber di Malaysia menunjukkan aliran penurunan, dengan 11 juta kes direkodkan pada suku kedua 2022 berbanding 28.9 juta pada suku kedua tahun lalu.
Pemilihan perdana menteri baharu UK ditangguhkan akibat ancaman siber
Ibu Pejabat Komunikasi UK memberi amaran bahawa penggodam mampu menipu undian.