awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Jemaah Menteri setuju MoU PDI ditandatangani segera - Saravanan

Bernama
Bernama
23/02/2022
09:41 MYT
Mesyuarat Jemaah Menteri setuju MoU PDI ditandatangani segera - Saravanan
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata beliau telah membentangkan cadangan pemeteraian MoU PDI itu secara rasmi pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju agar Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dengan segera.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata beliau telah membentangkan cadangan pemeteraian MoU PDI itu secara rasmi pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Beliau akan menandatangani MoU tersebut bersama dengan rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziyah pada tarikh dan masa yang dipersetujui oleh Malaysia serta republik itu.
"Pemeteraian MoU PDI ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua negara khususnya golongan PDI yang memerlukan pekerjaan dalam situasi ekonomi global yang masih berdepan dengan krisis COVID-19 serta majikan tempatan yang memerlukan khidmat pembantu rumah," menurutnya dalam satu kenyataan.
Kali pertama MoU PDI ditandatangani ialah pada 13 Mei 2006 di Bali disusuli Protokol Meminda MoU PDI pada 31 Mei 2011 di Bandung yang tamat pada 30 Mei 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat jemaah menteri
#MoU
#Memorandum Persefahaman
#pekhidmat domestik Indonesia
#PDI
#Kementerian Sumber Manusia
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan