awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Sarawak bersidang 17 hingga 26 Mei 2022

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
14/04/2022
06:35 MYT
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Sarawak bersidang 17 hingga 26 Mei 2022
Istiadat pembukaan akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada 17 Mei, jam 9 pagi.
KUCHING: Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 akan diadakan bermula 17 hingga 26 Mei ini.
Notis pemakluman rasmi yang ditandatangani Setiausaha DUN Sarawak, Pele Peter Tinggom telah dikeluarkan kepada 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini
Istiadat pembukaan akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada 17 Mei, jam 9 pagi.
"Tun Taib akan berucap kepada sidang dewan selepas memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat di Dataran Perbarisan DUN Sarawak," katanya dalam notis tersebut.
Menerusi notis sama, semua ADUN boleh mengemukakan tidak lebih daripada 10 pertanyaan untuk dijawab secara lisan semasa persidangan.
"Selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 19 dan 24, Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan tidak lebih dari sepuluh pertanyaan untuk dijawab secara lisan semasa Mesyuarat Dewan berserta notis yang ditandakan dengan perkataan 'Jawab Lisan'," katanya.
Notis bertulis yang mengandungi pertanyaan hendaklah ditandatangani sendiri oleh ADUN dan dikemukakan kepada Setiausaha DUN sebelum atau pada 29 April ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman yang juga ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya mengesahkan ada menerima pemakluman tersebut ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Topic Berkaitan
#DUN Sarawak
#Pele Peter Tinggom
#pertanyaan lisan
#tun taib mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan