awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Kabinet bincang Belanjawan 2021, COVID-19

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/10/2020
05:08 MYT
Mesyuarat Khas Kabinet bincang Belanjawan 2021, COVID-19
Menteri Kabinet meninggalkan Bangunan Perdana Putra selepas lebih dua jam menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Menteri Kabinet mula meninggalkan Bangunan Perdana Putra selepas lebih dua jam menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet, di sini hari ini.
Kenderaan yang membawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilihat yang pertama keluar meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 12.40 tengah hari.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan maklum balas daripada menteri Kabinet, tidak berjaya selepas kebanyakan mereka enggan mengulas lanjut, setakat ini.
12.40 pm: Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) mula meninggalkan Bangunan Putra Perdana @501Awani pic.twitter.com/rSByUnbqDy
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 23, 2020
Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung pada pukul 9.30 pagi.
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri tiba di Bangunan Perdana Putra pada pukul 8.57 pagi, di sini.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan agenda utama Mesyuarat Khas Kabinet tersebut, namun media difahamkan membincangkan situasi terkini penularan wabak COVID-19 serta usaha mengekang wabak berkenaan.
Selain itu, mesyuarat yang sama turut menyentuh mengenai usaha kerajaan melawan COVID-19, termasuk membincangkan pengenalan undang-undang khusus bagi mengekang peningkatan kes secara mendadak.
Sumber turut memaklumkan Mesyuarat Khas Kabinet itu membincangkan mengenai pembentangan Belanjawan 2021.
Hadir sama dalam Mesyuarat Khas Kabinet adalah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Topic Berkaitan
#Mesyuarat khas Kabinet
#Bangunan Putra Perdana
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#COVID19
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan