KUALA LUMPUR: Kejadian bencana banjir yang berlaku pada Disember tahun lalu adalah disebabkan fenomena alam luar jangka.
Perkara tersebut diakui Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpandangan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi bencana tersebut.
"Pembangunan dalam kawasan dataran banjir dan rizab sungai yang menyebabkan pengurangan kapasiti takungan air.
"Aliran air sungai yang terhalang disebabkan oleh tiang jambatan dan kemudahan utiliti dengan adanya puing yang mengandungi sampah, sisa, sedimen dan bahan buangan," katanya semasa menyampaikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkenaan bencana banjir hari ini.
Selain itu, beliau akui, jajaran asal sungai telah diluruskan dan dikonkritkan hingga menyebabkan aliran sungai lebih laju di kawasan hilir.
"Antara lain termasuk pembukaan tanah di kawasan tadahan menyebabkan aliran air, permukaan lebih laju ke dalam sungai, berlaku runtuhan di tebing dan membawa kelodak dan puing-puing, seterusnya
menyebabkan banjir di kawasan hilir.
"Pam dan pintu air yang tidak dapat beroperasi dengan sempurna akibat timbunan sampah sarap dan terputus bekalan elektrik yang terpaksa dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana keselamatan awam.
"Namun akibatnya menjejaskan fungsi pam yang sedia ada," jelasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 20 2022

Perkara tersebut diakui Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpandangan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi bencana tersebut. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

DUN Sarawak | Tangani kenaikan harga makanan secara menyeluruh
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama terhadap harga makanan susulan inflasi makanan. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai situasi itu berusaha mengatasinya.

SHMKM | Penternak ayam, telur berdepan kerugian
Penternak ayam dan telur Sarawak berdepan dengan dilema atas kerugian yang dialami mereka disebabkan oleh kawalan harga melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang diperkenalkan sejak Disember tahun lepas. Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Sarawak Tsai Kian Shin, sejak pengumuman skim tersebut ia telah mengganggu operasi biasa para penternak dan menyebabkan kerugian yang serius kepada pertenak ayam dan telur.

Isu Minyak Masak | Jangan takut lapor aduan penyelewengan kepada KPDNHEP
Pengguna di abah terutama di pantai timur, diminta menyalurkan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika berlaku penyelewengan dalam penjualan minyak masak. Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata biarpun pihak penguatkuasaan KPDNHEP menjalankan siasatan secara berterusan, maklumat daripada masyarakat juga berguna dalam membanteras penyelewengan itu.

Mahkamah | Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul warga emas
Seorang juruteknik sebuah syarikat automotif yang tular memukul lelaki warga emas, Ahad lalu, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

HFMD | 17 taska, pusat jagaan ditutup di Kelantan
17 taska dan pusat jagaan kanak-kanak diarahkan menutup operasi hari ini, susulan peningkatan kes penyakit tangan kaki dan mulut HFMD di Kelantan. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes HFMD di negeri itu kini mencecah 3,726 kes setakat semalam.

Letak Jawatan | Keputusan Zuraida Kamaruddin tidak jejas Perikatan Nasional
Pas yakin peletakan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak menjejaskan Perikatan Nasional. Presidennya,Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa sahaja bebas membuat keputusan untuk menyertainya. katanya, pemimpin boleh datang dan pergi.

Pemalsuan Dokumen | Peguam akan buat rayuan
Datuk Peter Anthony ketika ditemui selepas selesai prosiding memberitahu, peguamnya akan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen itu. Terdahulu, Hakim Azura Alwi membenarkan penangguhan bagi hukuman penjara sementara rayuan, namun tertuduh perlu menjelaskan denda RM50 ribu hari ini.

Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.

Games Bagus | Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia
Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dengan mencetuskan kesedaran mengenai isu semasa. Itu keunikan program Games Bagus dianjurkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dengan kerjasama Biji-biji Initiative dan Synapze.

Hajiji gesa GLC bayar dividen RM1 juta mulai tahun ini
Hajiji gesa GLC Sabah membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.

Mesyuarat Khas Parlimen: Fenomena luar jangka, ini antara punca banjir Disember 2021
Perkara tersebut diakui Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpandangan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi bencana tersebut.

Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi bukan penyebab banjir - SESB
Stesen itu direka berkonsepkan penggunaan aliran sungai untuk menjana tenaga elektrik dan bukan melalui sistem empangan.