awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Thai-Kemboja: Kenderaan Duta China antara konvoi masuk Kompleks Seri Perdana

Asyraf Malik
Asyraf Malik
28/07/2025
06:45 MYT
Mesyuarat Khas Thai-Kemboja: Kenderaan Duta China antara konvoi masuk Kompleks Seri Perdana
Antara yang difahamkan hadir adalah Perdana Menteri Interim Thailand, Suriya Jungrungreangki, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet serta menteri luar masing-masing. - Foto Astro AWANI/Asyraf Malik
PUTRAJAYA: Konvoi kenderaan membawa delegasi Thailand, Kemboja dan kerajaan Malaysia memasuki Blok Protokol Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada pukul 2.50 petang Isnin.
Pertemuan ketiga-tiga delegasi ini untuk membincangkan rundingan damai susulan ketegangan sempadan antara Kemboja dan Thailand.
Turut kelihatan adalah kenderaan membawa duta China yang memasuki Kompleks Seri Perdana lebih awal iaitu sekitar jam 2.15 petang.
Sebelum ini, Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan komitmen untuk memainkan peranan konstruktif demi mewujudkan gencatan senjata antara Kemboja dengan Thailand.
Tambahnya, Kemboja dan Thailand merupakan anggota penting dalam ASEAN dan negara sahabat kepada China.
Antara yang difahamkan hadir adalah Perdana Menteri Interim Thailand, Thumtham Wechayachai, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet serta menteri luar masing-masing.
Mesyuarat ini dijangka dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN.
Perbincangan dijadualkan bermula jam 3 petang dan diramalkan selesai pada jam 5.30 petang, antara tumpuan adalah penelitian cadangan damai dikemukakan kedua-dua belah pihak.
Mesyurat Khas Thai-Kemboja bermula, dihoskan PM
Keselamatan di sekitar lokasi dikawal rapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kewujudan alat pengacau isyarat (jammer), dron, helikopter memantau ruang udara serta anggota bersiap-siaga di setiap sudut jalan.
Untuk rekod, ketegangan antara Thailand dan Kemboja berpunca daripada pertikaian status kawasan sekitar kuil purba yang menjadi tuntutan kedua-dua negara.
Konflik yang tercetus pada 25 Julai lepas berhampiran sempadan utara Kemboja telah meragut lebih 20 nyawa di pihak Thailand.
Topic Berkaitan
#Pm Anwar perantara
#Mesyuarat Khas Thai Kemboja
#konflik Thailand-Kemboja
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan