awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja: Delegasi beredar dari Seri Perdana selepas hampir 3 jam perbincangan

Asyraf Malik
Asyraf Malik
28/07/2025
10:21 MYT
Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja: Delegasi beredar dari Seri Perdana selepas hampir 3 jam perbincangan
Konvoi delegasi Kemboja dan Thailand meninggalkan Kompleks Seri Perdana selepas menghadiri Mesyuarat Khas selama hampir tiga jam yang membincangkan jalan damai susulan ketegangan sempadan. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Konvoi kenderaan delegasi Kemboja meninggalkan pekarangan Kompleks Seri Perdana, di sini, pada jam 6.03 petang pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Konvoi delegasi Kemboja dan Thailand meninggalkan Kompleks Seri Perdana selepas menghadiri Mesyuarat Khas selama hampir tiga jam yang membincangkan jalan damai susulan ketegangan sempadan.
  • Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kehadiran Duta Besar China dan Amerika Syarikat sebagai fasilitator bersama.
  • Thailand dan Kemboja bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat bermula tengah malam 28 Julai, dan akan meneruskan dialog damai antara kedua-dua negara.

Ia diikuti delegasi Thailand tujuh minit kemudian pada jam 6.10 petang, dengan kawalan trafik pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antara pemimpin kenamaan di dalam konvoi itu adalah Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet serta Menteri Luar masing-masing.
Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja berlangsung hampir tiga jam selepas ketibaan delegasi pada jam 2.50 petang tadi, membincangkan jalan damai susulan ketegangan sempadan kedua-dua negara berkenaan.
Turut serta Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan Duta Besar Amerika Syarikat, Edgard D. Kagan yang bertindak sebagai fasilitator bersama.
Mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN.
Pada sidang media sejurus mesyuarat tamat, Anwar merumuskan perkembangan positif berjaya dicapai dalam usaha damai dua negara terbabit.
“Pemimpin Thailand dan Kemboja bersetuju untuk gencatan senjata serta-merta tanpa syarat, bermula tengah malam Isnin (28 Julai) waktu tempatan.
“Dialog untuk mengecapi keamanan juga akan diteruskan antara Kemboja dan Thailand,” jelas Anwar.
Anwar difahamkan akan berangkat pula ke Jakarta, Indonesia hari ini untuk Rundingan Tahunan Ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#gencatan senjata
#konflik Thailand-Kemboja
#Phumtham Wechayachai
#Hun Manet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan