awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Presiden Republik Kyrgyz
MALAYSIA
COO Prolintas didenda RM100,000, terima rasuah projek lebuh raya
DUNIA
Hampir 19,000 kanak-kanak di Gaza dirawat akibat kekurangan zat makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mesyuarat MBN putuskan penubuhan Majlis Penasihat - Mat Sabu

Bernama
Bernama
25/06/2025
00:10 MYT
Sponsor Banner
Mesyuarat MBN putuskan penubuhan Majlis Penasihat - Mat Sabu
Mohamad (duduk, tengah) bersama ahli-ahli penasihat Majlis Benih Negara bergambar kenangan selepas mesyuarat kali pertama diadakan -pada Selasa. - Gambar Facebook Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Penasihat yang terdiri daripada pelbagai pakar adalah antara keputusan penting dicapai dalam mesyuarat Majlis Benih Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, pada Selasa.
Beliau berkata, antara keputusan penting lain ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diberi mandat sebagai peneraju Hab Benih Negara, usaha membangunkan keturunan tulen ayam pedaging dan penelur tempatan serta pengkomersialan baka Ayam Saga.
"Malaysia masih bergantung hampir sepenuhnya kepada benih import, termasuk 90 peratus benih sayur dan benih tembikai bernilai RM2.7 juta. Ini satu cabaran besar yang mesti kita tangani bersama demi masa depan keterjaminan makanan negara.
"Agenda keterjaminan benih ini bukan sahaja penting untuk industri agromakanan, malah menjadi teras kepada kedaulatan dan keselamatan negara. Kita perlu hasilkan benih tempatan yang berkualiti, tahan lasak dan mampu memenuhi keperluan rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook.
Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan Agenda Keterjaminan Benih Negara boleh membantu Malaysia mencapai kemandirian dalam sektor benih tempatan.
"Ini bukan soal pertanian semata-mata, ini soal kedaulatan dan masa depan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Benih Negara
#Mohamad Sabu
#MARDI
#Hab Benih Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami