awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MKBOKU bincang cadangan IPTA dilengkapi kemudahan mesra OKU - Nancy

Bernama
Bernama
02/08/2023
06:00 MYT
Mesyuarat MKBOKU bincang cadangan IPTA dilengkapi kemudahan mesra OKU - Nancy
Mesyuarat yang dipengerusikan Nancy itu juga melantik 10 individu sebagai anggota baharu MKBOKU. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) dalam mesyuaratnya hari ini membincangkan cadangan pelaksanaan projek bagi melengkapkan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kemudahan mesra OKU itu adalah dari segi kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan juga bangunan awam.
Mesyuarat yang dipengerusikan Nancy itu juga melantik 10 individu sebagai anggota baharu MKBOKU di bawah Seksyen 3 (2)(j) Akta Orang Kurang Upaya 2008, berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2025.
"Pelantikan berdasarkan kepada nilai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang luas berkaitan OKU di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini.
Turut dikemukakan dalam mesyuarat itu ialah dapatan Program Audit Akses 2011-2022 oleh Universal Design Unit (Kudu), Department of Architecture in Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) of International Islamic University Malaysia (IIUM) bagi menepati reka bentuk sejagat dan alam bina untuk memudahkan akses kepada penggunaan OKU.
Dua kertas makluman dibentangkan dalam mesyuarat itu antaranya projek melengkapkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kemudahan mesra OKU serta laluan khas bagi kemasukan pelajar melalui UPUonline sebagai memenuhi aksesibiliti dan kesaksamaan hak golongan OKU dalam masyarakat.
"Mesyuarat ini bertindak sebagai platform utama kerajaan ke arah pembangunan, pemulihan, pembangunan serta pengintegrasian dalam komuniti OKU di negara selaras dengan rukun kesejahteraan seperti yang terkandung dalam aspirasi Malaysia Madani," kata Nancy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya
#Nancy Shukri
#kemudahan mesra Orang Kurang Upaya
#ipta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan