GADGETS
Meta lancar set kepala ultra ringan tahun depan, Quest 4 ditangguh ke 2027

Meta merancang untuk melancarkan set kepala ultra ringan bernama kod Puffin pada tahun 2026, yang menyerupai cermin mata pintar dan hanya seberat sekitar 100 gram. -Amanz
CERMIN mata pintar dijangka menjadi trend perkakasan yang seterusnya dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
- Cermin mata pintar dijangka menjadi trend perkakasan teknologi seterusnya, dengan syarikat seperti Apple, Samsung, Google, Oppo dan Meta sedang membangunkan produk masing-masing.
- Meta merancang untuk melancarkan set kepala ultra ringan bernama kod *Puffin* pada tahun 2026, yang menyerupai cermin mata pintar dan hanya seberat sekitar 100 gram, dengan pemprosesan dan bateri diletakkan dalam bekas berasingan yang disambung melalui kabel.
- Puffin akan menggunakan sistem operasi Horizon OS dan menyasarkan kegunaan produktiviti serta hiburan, sebagai sebahagian daripada usaha Meta untuk menjayakan pelaburan besar dalam Reality Labs dan dunia metamesta, sambil turut memberi tumpuan kepada AI dan cermin mata Project Orion.
Set kepala ultra ringan ini dipercayai sedang dibangunkan menggunakan nama kod Puffin. Ia kelihatan seperti cermin mata pintar yang lebih besar tetapi hanya seberat sekitar 100 gram.
Ini dapat dilakukan kerana bateri serta kesemua perkakasan pemprosesan diletakkan dalam bekas berbeza yang disambungkan kepada Puffin menggunakan kabel.
Meta sedang cuba mengecilkan saiz bekas ini supaya boleh disimpan dalam poket seperti bateri Vision Pro dan Project Orion.
Sistem operasi Horizon OS akan digunakan dengan Puffin boleh memaparkan aplikasi serentak dalam pelbagai tingkap secara maya. Ia akan dipasarkan untuk kegunaan produktiviti dan juga hiburan.
Pelancaran Puffin perlu berjaya kerana pelaburan berbilion yang dilakukan oleh Meta ke dalam Reality Labs untuk mempopularkan dunia metamesta masih belum mendatangkan hasil.
Tumpuan Mark Zuckerberg kini telahpun berpindah ke kecerdasan buatan (AI) dan cermin mata Project Orion. Ini dibantu oleh jualan Ray-Ban Meta yang cukup memberangsangkan sejak dilancarkan berbanding Quest. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami