awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta mulakan ujian paparan pengiklanan di Threads

Amanz
Amanz
26/01/2025
03:30 MYT
Meta mulakan ujian paparan pengiklanan di Threads
Meta telah memulakan ujian paparan iklan secara terhad di Threads, melibatkan sejumlah kecil pengiklan sahaja buat masa ini. -Amanz
META hari ini secara rasminya mengumumkan mereka telah memulakan ujian paparan iklan secara terhad pada Threads, iaitu laman sosial terbaharu yang diposisikan di bawah Instagram.

Ringkasan AI
  • Meta telah memulakan ujian paparan iklan secara terhad di Threads, melibatkan sejumlah kecil pengiklan sahaja buat masa ini.
  • Threads mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan, dengan tiga perempat pengguna mengikuti sekurang-kurangnya satu akaun perniagaan.
  • Pengurusan iklan di Threads akan dilakukan melalui Ads Manager Meta, dan iklan akan dipaparkan dalam bentuk yang serupa dengan perkongsian biasa tetapi dilabelkan sebagai "Iklan" atau "Ditaja".

Meta mengatakan ia diuji secara terhad, dan melibatkan sejumlah kecil pengiklan sahaja buat masa ini.
Threads dilapor mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan, dan tiga perempat pengguna mengikuti sekurang-kurangnya satu akaun perniagaan.
Pengurusan pengiklanan di Threads akan dilakukan melalui penawaran Ads Manager sedia ada Meta.
Iklan pula dipaparkan dalam bentuk paparan lebih kurang seperti perkongsian biasa, tetapi dilabelkan sebagai “Iklan” atau “Ditaja”.
Untuk fasa ujian, iklan akan dipaparkan pada halaman utama, dan turut menggunakan paparan gambar bersama dengannya.
Buat masa ini, pengiklanan di Threads diuji dibeberapa buah negara sahaja, dan dijangka diperluaskan ke global. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta
#ujian paparan iklan
#Threads
#Ads Manager Meta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan