KUALA LUMPUR: Penyedia platform Meta dan TikTok memberikan komitmen berhubung soal keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata persetujuan itu dicapai dalam satu perbincangan yang berlangsung hari ini, antara lain menyentuh berkenaan pemantauan kandungan berunsurkan jenayah seperti judi dalam talian, scam, berita palsu dan 3R (kaum, agama dan institusi raja).
"Selain itu, kedua-dua platform juga diberi makluman mengenai perancangan kerajaan menambah baik undang-undang serta garis panduan operasi platform media sosial di Malaysia.
"Ini sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk menjamin hak bersuara rakyat Malaysia sambil memastikan kegunaan Internet yang produktif, harmoni dan selamat untuk semua," katanya dalam hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Fahmi memaklumkan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta beberapa agensi lain akan mengadakan pertemuan dengan penyedia platform Meta hari ini bagi membincangkan aspek keselamatan dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Perbincangan yang berlangsung hari ini antara lain menyentuh tentang pemantauan kandungan berunsurkan jenayah seperti judi dalam talian, scam, berita palsu dan 3R.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Meta umum cip AI baharu, percepat proses latihan model
MTIA generasi kedua ini direka untuk mempercepatkan lagi proses latihan model AI terutamanya dalam ia melakukan kesimpulan.
Meta akan tamatkan CrowdTangle pada Ogos 2024
Sebuah ciri baharu dinamakan Meta Content Library akan ditawarkan, tetapi lebih menyasarkan pengguna akademik dan pengkaji sahaja.
Instagram atasi TikTok sebagai aplikasi paling popular dimuat turun pada 2023
TikTok tahun lepas hanya menerima 733 juta jumlah muat turun iaitu 4% berbanding tahun sebelumnya.
LinkedIn kembali beroperasi selepas alami gangguan sementara
LinkedIn mengumumkan platformnya kembali beroperasi selepas mengalami gangguan sementara yang memberi kesan kepada ribuan pengguna pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Facebook alami gangguan, Instagram juga tidak respons
Pengguna Facebook dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke laman media sosial tersebut, apabila akaun mereka didapati log keluar secara tiba-tiba, sejak sekitar 11.30 malam tadi.
Meta tolak cadangan kerjasama Google bangunkan Android XR
Google dikatakan pernah mendekati Meta, mengajaknya bekerjasama dalam membangunkan platform untuk arena realiti-terimbuh.
Meta dijangka perkenal model bahasa raya LLaMa 3 menjelang Julai
LLaMA 3 dijangka memberikan respons yang lebih baik kepada pelbagai persoalan yang ditanya pengguna.
Meta kenakan langkah keselamatan baharu kepada pengguna remaja di Facebook, Instagram
Pengguna remaja juga akan diminta untuk mengemas kini tetapan privasi mereka.