GADGETS
Meta umum Llama 4 – Model AI baharu kuasakan Meta AI

Llama 4 ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka dan terdapat dua model: Llama 4 Scout dengan konteks 10 juta token dan Llama 4 Maverick dengan prestasi selari Gemini 2.0 Flash. -Amanz
SEPERTI dinantikan, hari ini Meta membuat kejutan dan memperkenalkan model bahasa raya terbaharu mereka, Llama 4.
Ringkasan AI
- Meta memperkenalkan model bahasa raya terbaharu mereka, Llama 4, yang kini menguasakan Meta AI di pelbagai platform seperti web, Facebook, WhatsApp, Messenger, dan Instagram.
- Llama 4 ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka dan terdapat dua model: Llama 4 Scout dengan konteks 10 juta token dan Llama 4 Maverick dengan prestasi selari Gemini 2.0 Flash.
- Meta AI masih belum ditawarkan untuk pengguna Malaysia buat masa ini, dan maklumat lanjut akan dikongsi pada acara LlamaCon pada 29 April 2025.
Selain penawaran melalui produk-produk Meta, Llama 4 turut ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka kepada mereka yang ingin menggunakannya dalam pembangunan masing-masing.
Dua model ditawarkan di bawah Llama 4, iaitu Llama 4 Scout, iaitu sebuah model kecil, dan juga Llama 4 Maverick.
Llama 4 Scout dikatakan menawarkan konteks 10 juta token, selari Gemini 2.0 Flash Lite, sementara Llama 4 Maverick pula dikatakan prestasi selari Gemini 2.0 Flash.
Selari pengenalan ini, Meta turut mengatakan mereka akan berkongsi dan berbincang lanjut berkenaan dengan Llama 4 ini menjelang acara LlamaCon yang dijadualkan pada 29 April 2025 kelak. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami