awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Trami

Bernama
Bernama
25/10/2024
15:15 MYT
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Trami
Keadaan cuaca itu membawa angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami yang dikesan berlaku kira-kira 1,160 kilometer (km) ke Barat Laut Kudat boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan Pantai Timur Semenanjung serta barat Sabah.
MetMalaysia menerusi notis Nasihat Ribut Tropika Kuat yang dikeluarkan pada 8.50 malam tadi memaklumkan, keadaan cuaca itu membawa angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Berdasarkan pencerapan pada 8 malam tadi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 17.3 utara dan longitud 116.2 timur kira-kira 862 km ke Timur Laut Da Nang, Vietnam.
"Pergerakan ribut ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum boleh mencapai 93 km/j," menurut notis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut tropika Trami
#MetMalaysia
#nasihat
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan