LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan ketiadaan hak penyiaran Liga Malaysia musim ini menyaksikan baki agihan siaran tidak dapat diagihkan kepada rakan kongsi badan induk itu.
Situasi itu menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana terpaksa berputih mata selepas penantian hampir empat bulan untuk mendapatkan baki agihan gagal dilangsaikan.
Pengerusi MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata perkembangan terbabit telah dijelaskan secara terperinci kepada semua rakan kongsi dalam mesyuarat agung luar biasa pada Sabtu.
Bagaimanapun, sebelum ini MFL sudah pun mengagihkan pendapatan sebanyak RM1.5 juta kepada pasukan dalam Liga Super dan RM500,000 kepada pasukan Liga Perdana, Julai lalu.
"Liga Malaysia musim 2019 berjalan tanpa penaja utama hak penyiaran. Meskipun tanpa penajaan ini, MFL tetap menguruskan operasi Liga Malaysia dengan baik apabila semua pertandingan, iaitu Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran berjaya dianjurkan.
"MFL tetap memastikan agihan hak pendapatan kepada pasukan pada 15 Julai lalu dan MFL percaya bahawa mereka (pasukan) memahami situasi yang berlaku yang mana tiada penaja utama hak penyiaran pada musim 2019.
"Jika pendapatan untuk diedarkan kepada pasukan adalah kurang daripada RM18 juta, maka jumlah yang akan diedarkan kepada pasukan akan ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL," katanya.
Selain itu, 24 rakan kongsi juga juga bersetuju dengan pindaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tidak lagi berada dalam Ahli Lembaga Pengarah badan itu bagi mengalihkan fokus kepada tugas mengendalikan operasi MFL.
"Sebelum ini, di dalam perlembagaan kami, Artikel 154 menyatakan bahawa CEO adalah Ahli Lembaga Pengarah. Rakan kongsi telah bersetuju untuk meminda bahawa CEO bukan lagi Ahli Lembaga Pengarah."
Sementara itu, Hamidin turut menjelaskan situasi jadual perlawanan Liga Malaysia yang dikhabarkan padat akan berterusan menjelang musim baru disebabkan sebab-sebab tertentu.
Ia antara keputusan terbaik yang boleh dilakukan atas penglibatan skuad kebangsaan Malaysia dalam kalendar FIFA bermula penghujung Oktober depan.
Sebarang perubahan akan terjadi jika berlakunya bencana seperti jerebu atau perkara yang memaksa perlawanan ditunda.
"Semua perlu faham bahawa kalendar di sini melibatkan beberapa acara seperti Hari Raya Aidilfitri, ditambah dengan saingan Piala AFF yang perlu dihadapi skuad kebangsaan tahun depan.
"Perkara ini telah dibincang dengan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe," ujar Hamidin.
Astro Arena
Sat Dec 14 2019
Hamidin menjelaskan, jadual perlawanan Liga Malaysia akan padat menjelang musim baru tetapi ia antara keputusan terbaik yang boleh dilakukan susulan penglibatan skuad kebangsaan Malaysia dalam kalendar FIFA bermula Oktober 2020. Gambar fail
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Perkasa PMKS melalui sistem kawalan dalaman
Kupasan bersama Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, Profesor Madya Dr Mazlina Mustapha.
Persidangan Nikkei 2024: Kepimpinan Asia dalam ketidaktentuan dunia
Amir Fareed Rahim, Pengarah Strategi KRA Group berkongsi antara jangkaan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
BNPL: Strategi mengurus perbelanjaan tanpa bebanan tambahan
Kebanyakan pengguna BNPL adalah golongan muda dan berpendapatan rendah dengan anggaran 44% pengguna berusia 18 hingga 30 tahun, menurut BNM, bagaimana kumpulan ini dapat mengurus perbelanjaan mereka menggunakan BNPL tanpa menambah tekanan risiko kewangan yang lain?
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Dua maut, seorang cedera, kereta terbabas dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara terbabas ke dalam parit dan melibatkan tiga orang mangsa.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
MFL jelaskan punca hak penyiaran tidak diagihkan
Situasi itu menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana terpaksa berputih mata selepas penantian hampir empat bulan untuk mendapatkan baki agihan gagal dilangsaikan.