awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH132 terima dua laluan berbeza - MAB

Bernama
Bernama
28/12/2015
01:06 MYT
MH132 terima dua laluan berbeza - MAB
MH132 diberikan pelan penerbangan terbaharu oleh Pusat Dispatch Operasi sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal. -Foto Flightradar24
Penerbangan MH132 Malaysia Airlines dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur yang dilaporkan menuju haluan yang salah pada 24 Dis menerima dua laluan berbeza, kata Malaysia Airlines Bhd.
Menurut kenyataan syarikat itu malam ini, MH132 diberikan pelan penerbangan terbaharu oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.
Bagaimanapun menurut syarikat penerbangan itu kedua-dua laluan mengikuti haluan penerbangan yang disahkan dan pesawat berkenaan mempunyai minyak yang cukup untuk kedua-dua laluan.
Syarikat penerbangan itu menyatakan pelan penerbangan bagi setiap penerbangan disediakan berdasarkan keadaan pada masa berkenaan meliputi hal seperti cuaca, sebarang notis trafik udara serta tahap kecekapan laluan.
"Sekali-kali tidak ada tolak ansur bagi keselamatan penumpang dan kru pada sebarang masa," katanya.
Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines kini sedang menjalankan siasatan perkara berhubung penyerahan pelan penerbangan itu.
The New Zealand Herald hari ini melaporkan juruterbang penerbangan MH132 melahirkan kebimbangan setelah lapan minit berlepas bila pesawat Airbus A330 itu diarah terbang lebih jauh ke selatan daripada biasa.
Kejadian itu berlaku ketika pesawat itu berlepas pada 2.23 pagi Hari Krismas (9.23 malam waktu Malaysia menjelang Krismas), kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#ATC
#Auckland
#MAB
#Malaysia Airlines
#Menara Kawalan Trafik Udara Auckland
#MH132
#New Zealand
#odc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan