awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: 4 penumpang terakhir disahkan warganegara Belanda

Bernama
Bernama
19/07/2014
06:37 MYT
MH17: 4 penumpang terakhir disahkan warganegara Belanda
Pengesahan ini menjadikan jumlah rakyat Belanda yang menaiki pesawat malang itu 192 orang
Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan empat penumpang Penerbangan MH17, yang sebelum ini tidak dapat dikenal pasti, sebagai warganegara Belanda.
Pengesahan ini menjadikan jumlah rakyat Belanda yang menaiki pesawat malang itu 192 orang.
Pecahan terkini kerakyatan mereka yang menaiki pesawat itu ialah Belanda (192), Malaysia (44), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu) dan New Zealand (satu), kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan di sini.
MAS berkata pihaknya kini bekerjasama rapat dengan kedutaan negara terbabit untuk mendapatkan pengesahkan tentang waris penumpang.
"Fokus kami sekarang ialah bekerjasama dengan pasukan dan pihak berkuasa kecemasan serta memberi sokongan penuh terhadap usaha menyediakan segala bantuan yang termampu kepada waris.
"Kami juga akan memaklumkan tentang perkembangan terkini dari semasa ke semasa," katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan negara itu dengan Rusia, pada Khamis.
Pesawat malang itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Malaysian Airlines
#Netherlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan