awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Kerajaan berusaha bawa pulang serpihan pesawat - Liow

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
02/11/2014
05:57 MYT
MH17: Kerajaan berusaha bawa pulang serpihan pesawat - Liow
Kesemua 44 mangsa nahas MH17 yang merupakan rakyat Malaysia sudah dikenal pasti.
Kerajaan akan berusaha membawa pulang serpihan pesawat Malaysia Airlines MH17 setelah selesai siasatan sepenuhnya bakal dijalankan ke atas serpihan tersebut di Belanda.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil mesyuarat bersama pasukan penyiasat dan badan penerbangan antarabangsa yang belangsung di Montreal, baru-baru ini bersetuju sebulat suara memastikan penyiasatan berhubung nahas berkenaan dijalankan dengan terperinci.
Katanya pada masa ini rundingan sedang lagi berlangsung bagi membolehkan pasukan penyiasat membawa balik serpihan ke Belanda untuk tujuan penyiasatan.
Menurut Liow, pihaknya masih berada pada peringkat perbincangan untuk memberi ruang kepada penyiasat untuk memasuki kawasan pesawat MH17 itu terhempas di Donetsk walaupun sekarang merupakan musim sejuk. Kami yakin dengan resolusi dan usaha untuk memasuki kawasan tersebut beberapa hari lagi.
“Sudah tiba masanya pengumpulan bahan bukti dan serpihan bangkai (MH17) dibawa pulang, bukan ke Malaysia tapi Belanda untuk menjalani proses penyiasatan lanjut,” kata Liow.
Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya ke-55 dan pelancaran Pelan Keselamtan Jalan Raya 2014-2020 di sini pagi tadi.
Tambah Liow, apa yang penting pada masa ini ialah membawa keluar serpihan itu ke Belanda untuk tujuan penyiasatan dan apabila selesai kerajaan akan menimbang untuk membawa pulang serpihan itu ke tanah air untuk dijadikan memorial sejarah nahas berkenaan.
Terbaru, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata kesemua 44 mangsa nahas MH17 yang merupakan rakyat Malaysia sudah dikenal pasti.
Salah satu dari baki tiga rakyat Malaysia termasuk jenazah ‎nenek tiri Hishamuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Puan Sri Siti Amirah Kusuma berjaya dikenal pasti.
Baki tiga rakyat Malaysia yang baru dikenal pasti itu akan disemadikan di Belanda.
Berhubung tindakan ahli keluarga yang berhasrat untuk mengemukakan saman terhadap syarikat penerbangan nasiona itu, Liow menjelaskan perkara itu terpulang kepada ahli keluarga kerana itu hak mereka.
Pihak kerajaan merakamkan simpati dan sokongan tanda kebersamaan dalam mengenang tragedi ini termasuk membawa pelakunya ke muka pengadilan, tambah Liow.
Kali terakhir, lima jenazah dibawa pulang pada 3 Oktober lepas.
Pesawat MAS MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Topic Berkaitan
#Belanda
#Datuk Seri Liow Tiong Lai
#jenazah
#Malaysia Airlines
#Menteri Pengangkutan
#MH17
#Montreal
#Semadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan