awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Proses pendakwaan akan dibuat di Belanda - Liow

Shafizan Johari
Shafizan Johari
05/07/2017
12:37 MYT
MH17: Proses pendakwaan akan dibuat di Belanda - Liow
MH17 ditembak jatuh di kawasan bergolak di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, membunuh semua 283 penumpang dan anak kapal. - Gambar fail
Malaysia, Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju bahawa proses pendakwaan bagi kes Malaysia Airlines MH17 akan dibuat di Belanda.
Perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi satu kenyataan.
Keputusan memilih Belanda sebagai negara pendakwaan dibuat bagi memastikan semua proses akuantabiliti dilaksanakan secara berkesan mengikut piawaian tertinggi antarabangsa.
Beliau juga memaklumkan Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda akan membuat keputusan mengenai pendakwaan pada waktu yang sesuai memandangkan proses siasatan masih dijalankan.
“Perbicaraan akan dilaksanakan berdasarkan prosiding mahkamah jenayah Belanda berdasarkan undang-undang jenayah. Sistem undang-undang Belanda juga membenarkan waris mangsa untuk memerhati dan terlibat dalam prosiding mahkamah.
"Tambahan lagi, Belanda mempunyai kerjasama undang-undang dengan banyak negara bagi tujuan bantuan perundangan dan ekstradisi, berdasarkan kerjasama multilateral dan bilateral," ujar beliau.
Tiong Lai turut mengesahkan kerjasama dengan pihak penyiasat juga akan diteruskan semasa fasa pendakwaan.
Jelas Tiong Lai, keputusan ini meningkatkan azam Malaysia untuk mendapatkan keadilan dan mahukan pihak yang bertangungjawab dihukum.
MH17 ditembak jatuh di kawasan bergolak di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, membunuh semua 283 penumpang dan anak kapal.
Sehingga kini tiada pihak mengaku bertangungjawab.
Topic Berkaitan
#Belanda
#Liow Tiong Lai
#mahkamah
#Malaysia Airlines
#MH17
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan