awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH198 yang berpatah balik dijadual berlepas 12 tengah hari

Haider Yutim
Haider Yutim
14/09/2014
03:32 MYT
MH198 yang berpatah balik dijadual berlepas 12 tengah hari
MAS mengesahkan bahawa pusingan balik itu adalah disebabkan oleh masalah teknikal.
Pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Hyderabad yang berpatah balik awal pagi ini, telah dijadualkan semula untuk berlepas pada jam 12:00 tengah hari, hari ini.
MAS dalam satu kenyataan menyebut: "MH198 telah dijadualkan semula untuk beroperasi sebagai MH198D untuk berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengahari pada 14 September dan dijangka tiba di Hyderabad 1:35 petang hari yang sama."
Sementara itu, MAS mengesahkan bahawa pusingan balik itu adalah disebabkan oleh masalah teknikal, namun keselamatan pesawat atau penumpang tidak terjejas.
Menurutnya, tindakan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang.
"Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2:01 pagi. Apabila tiba, penumpang dan anak kapal diarahkan keluar dari pesawat dengan selamat dan diberikan penginapan di hotel yang berdekatan," kata MAS.
Syarikat penerbangan itu melahirkan rasa kesal di atas kejadian tersebut dan mengulangi prinsip bahawa keselamatan tetap menjadi keutamaan mereka.
Terdahulu, AirLive.net melaporkan pesawat MH198 yang menuju ke Hyderabad terpaksa berpatah balik selepas mengalami beberapa masalah teknikal.
Menurut laporan tersebut, pesawat MH198 itu membuat pusingan balik tidak lebih sejam selepas berlepas.
Difahamkan pesawat itu terpaksa berbuat demikian setelah mengesan beberapa masalah pada sistem komputernya.
Topic Berkaitan
#Berpatah Balik
#dijadual semula
#Hyderabad
#KLIA
#MAS
#mh198
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan