Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya bahawa ada hikmah di sebalik tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Katanya meskipun saat ini merupakan saat yang paling sukar, namun ia memberikan hikmah supaya rakyat bersatu-padu mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.
“Ini memberikan hikmah terutama kepada rakyat Malaysia supaya bersatu padu tidak kira latar belakang. Kelmarin di Parlimen, pihak pembangkang telah sokong 100 peratus usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.
“Kita tengok semua doakan tak kira agama mana... untuk pesawat,” kata Hishammuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu.
Selain itu, Hishammuddin turut menyifatkan sikap bersatu padu dalam memberikan sokongan kepada usaha pencarian MH370 itu telah menyuntik semangat kepada pihaknya untuk terus mencari serpihan yang berkaitan dengan pesawat tersebut.
Katanya dorongan itu dapat membantu mereka untuk terus memberi tumpuan kepada pencarian meskipun terdapat pelbagai spekulasi yang dicetuskan oleh pelbagai pihak.
Sementara itu, Hishammuddin berkata sejarah akan menjadi penentu usaha yang dibuat oleh Malaysia dalam menangani insiden ini.
Katanya tidak semua negara di dunia boleh mendapat bantuan sebanyak 26 negara seperti yang diterima Malaysia sekarang.
Katanya lagi, tidak semua negara boleh mendapat bantuan berupa pesawat canggih dari serata dunia.
“Apa yang kita lihat sekarang ialah usaha kerjasama dari segala sektor komuniti, tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama,” tegas Hishammuddin.
Tambahnya dalam usaha pencarian yang sukar ini, ia boleh dikatakan sebagai satu pencapaian yang amat baik.
Haider Yutim
Wed Mar 26 2014
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam
Beberapa menteri Kabinet berharap agar sambutan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama.
Kembara Kenali Borneo tonjol kemuliaan peribadi sebenar individu - Agong
Kembara Kenali Borneo membuatkan Al-Sultan Abdullah menginsafi hakikat bahawa kemuliaan peribadi seseorang bukan diukur daripada harta, wang ringgit, pangkat mahupun darjat.
Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru barisan kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang agar sentiasa bersatu padu.
M For Malaysia: Cinta dua insan yang sudah berumur - Marina Mahathir
Ia juga cinta rakyat Malaysia terhadap negara sendiri yang ingin membuat perubahan supaya lebih maju dan sebagainya.
Tolak juga anasir perpecahan dalam agama, kaum sendiri - Guan Eng
Perpaduan dalam kalangan masyarakat mesti dikekalkan dan rakyat negara ini perlu bersatu hati menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan.
Hari Malaysia: Semangat kesatupaduan rakyat amat penting - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu bagi menjaga kestabilan dalam negara.
MH370: Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin
Hishammuddin berkata ia memberikan hikmah supaya rakyat bersatu-padu mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.