Beberapa ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengesahkan tentang keiinginan syarikat berkenaan dan pihak berkuasa untuk mengambil sampel DNA mereka.
Pengumuman dibuat pada satu taklimat selama dua jam yang diadakan di Akademi MAS, Kelana Jaya pada malam Selasa.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Jelawati Jalil yang merupakan isteri kepada salah seorang penumpang MH370, Safuan Ramlan, berkata beliau bersama ahli keluarga belum membuat keputusan jika ingin memberi sampel DNA atau tidak.
"Tetapi disebabkan belum jumpa apa-apa (kapal terbang), buat apa nak beri sampel?" katanya.
Beliau tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan dan diwakili adik iparnya.
"Saya turut diberitahu bahawa mereka (pihak MAS) belum memutuskan tarikh dan di mana sampel DNA akan diambil," katanya ringkas.
Sementara itu, anak kepada ketua pramugara MH370, Andrew Nari, iaitu Maira Elizabeth Naira tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan kerana harus menduduki peperiksaan.
Beliau akui terima berita tentang sampel DNA itu namun tidak diberitahu bila ia akan dilakukan.
"Apabila saya dengar mereka mahu ambil sampel DNA, saya rasa tidak sedap hati pula. Ia seakan mereka semua sudah tiada.
"Semua ini mengelirukan. Saya sendiri tidak faham," katanya kepada Astro AWANI.
Mengikut laporan The Malaysian Insider, Syafinaz Hasnan, yang merupakan adik perempuan kepada pramugara Mohd Hazrin Hasnan, hadir pada sesi taklimat berkenaan.
"Mereka (MAS) berkata kami perlu memberi sampel DNA untuk disimpan oleh pihak berkuasa jika bangkai pesawat ditemui," katanya.
Beliau turut bertanya kepada pihak MAS ketika sesi taklimat bila ia akan dilakukan.
"Kami diberitahu bahawa kami boleh beri sampel malam ini (malam Selasa), namun kita tidak nampak pasukan perubatan.
"Saya tertanya-tanya bagaimana mereka akan melakukannya. Adakah mereka mengharapkan kita untuk mendapatkan putik kapas dan meleret mulut kami untuk air liur dan menyerahkannya kepada mereka?" tanya beliau kepada portal berkenaan.
Untuk tragedi MH17, 16 kumpulan petugas dari Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam proses pengambilan sampel darah atau 'buccal swap' daripada anggota keluarga.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.
Syafique Shuib
Wed Dec 03 2014
Ahli keluarga penumpang dan kru MH370 diminta memberi sampel DNA. - Gambar fail
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Bapa bebas tuduhan bunuh anak lelaki
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bapa daripada pertuduhan membunuh anak lelakinya, tiga tahun lepas.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.
Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan
Dua anggota dari Cawangan Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar cedera parah manakala seorang suspek maut, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng Parit Kongsi 4.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.