Hanya terdapat lima keluarga penumpang pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly pada hari ke-12 pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Seorang jurucakap Malaysia Airlines (MAS) yang enggan dikenali berkata dalam kalangan lima keluarga itu ada yang melahirkan berhasrat untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
"Mereka telah menetap di sini sejak kejadian itu, namun mereka ingin pulang dan akan memantau perkembangan kejadian itu dari rumah," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini hari ini.
Beliau berkata tempoh masa diberikan kepada anggota keluarga menetap di situ sehingga Jumaat ini, namun tidak menghalang jika mereka ingin pulang hari ini.
Bermula Jumaat ini kebajikan kesemua keluarga penumpang yang menginap di sini akan diuruskan Perbadanan Putrajaya, katanya.
Beliau berkata pihak MAS juga telah membuka sebuah Pusat Operasi untuk memberi sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan kepada keluarga yang telah pulang.
"Operasi mungkin memerlukan tempoh masa yang panjang, oleh itu pihak MAS menasihatkan anggota keluarga pulang ke rumah untuk menjalankan rutin harian seperti biasa," katanya.
Pesawat B777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilapor hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sejak hari kejadian, keluarga penumpang pesawat telah ditempatkan di dua buah Hotel iaitu Hotel Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya bagi memudahkan MAS memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat berkenaan.
Terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di hotel Cyberview Resort & Spa manakala lebih 100 anggota keluarga di Hotel Everly.
Bernama
Wed Mar 19 2014
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
MH370: Hanya tinggal lima keluarga masih di Everly - MAS
Lima keluarga itu ada yang melahirkan berhasrat untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.