Bayangkan, anda dan pasangan anda berkasih sayang bertahun-tahun. Setiap masa dihabiskan bersama, setiap perkara dibincang dan difikirkan bersama. Dialah segala-galanya dalam hidup anda.
Namun satu hari, si dia tiba-tiba tiada lagi di sisi anda.
Tiada penjelasan, tiada sebab, juga tiada petanda akan pergi. Hilang begitu sahaja tanpa sepatah kata.
Tentunya kotak fikiran akan dihantui banyak persoalan.
Ke mana dia pergi? Kenapa dia pergi? Apa yang terjadi sebenarnya?
Mungkin itu perumpamaan yang paling mudah untuk difahami bagi menggambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
Empat tahun berlalu, penantian Grace Subathirai Nathan seolah-olah tidak berpenghujung. Galau di hati tidak mampu disingkir, mengenang ibu tercinta, Anne Daisy, yang turut sama hilang bersama misteri yang sehingga kini belum terungkai.
"Mudah untuk orang ramai bercakap. Kata mereka, move on. Sudah empat tahun, nak tunggu apa lagi?
"Hakikatnya situasi kami tidak sama dengan orang lain. Kami kehilangan orang yang kami sayangi, tapi kami tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka.
"Bagaimana kami mahu move on dan lupakan semuanya, jika 'penutup cerita' tiada, dan semua persoalan masih belum terjawab?" kata Grace.
Air wajah peguam muda ini sukar dibaca. Namun nada sugul terdengar jelas di telinga penulis.
BACA: Empat tahun MH370: Kehidupan diteruskan, namun harapan takkan padam
BACA: MH370: Empat tahun berlalu, rasa bagai baru sahaja berlaku
Berdepan realiti hidup tanpa ibunya, Grace mengakui segala-galanya cukup sukar. Bagaikan ada awan mendung yang sentiasa membelenggu hidupnya, membuatkan dia tidak mampu lagi tersenyum atau ketawa seperti dahulu.
"Ayah saya selalu keluar negara untuk urusan kerja, jadi saya dan adik rapat dengan ibu. Apa sahaja perkara, kami akan beritahu ibu dan minta nasihatnya.
"Ibu seorang yang periang dan sentiasa gembira. Itulah yang paling kami rindui, being with her and her happiness," bersahaja suaranya, namun sepasang mata Grace cukup untuk menceritakan beban kerinduan yang tidak terbendung.
BACA: Pencarian MH370 lancar, ikut perancangan
BACA: Apa jadi selepas MH370 dijumpai?
Lebih perit bagi Grace adalah apabila dia terpaksa melupakan impian untuk berbakti kepada ibunya selepas tamat belajar.
"Ketika pesawat itu hilang, saya sudah beberapa tahun berada di luar negara kerana belajar. Walaupun setiap hari kami berhubung, tetapi manalah sama dengan melihat dan tinggal satu bumbung dengannya.
"Kerana itu, setiap hari saya berdoa agar masa dipercepatkan, dapatlah saya segera tamat belajar dan pulang ke Malaysia.
"Remuk hati saya apabila mendapat tahu tentang tragedi itu. Sekarang saya terpaksa terima hakikat yang hidup saya dan keluarga tidak akan sama seperti dahulu lagi," katanya sambil memberitahu, sejak kehilangan dalam keluarganya itu, dia dan keluarga tidak sampai hati untuk menyambut Hari Krismas.
"Krismas sekarang hanya hari biasa untuk kami. Pokok Krismas juga kami tidak beli. Tiada lagi rasa teruja untuk menyambut hari perayaan," lemah sahaja tutur Grace, seolah-olah enggan terus diheret untuk mengimbas keriangan sambutan hari kebesaran penganut Kristian itu semasa ibunya masih di sisi.
Peredaran masa, kata Grace, membuatkan dia sudah lali dengan cakap-cakap orang, hatinya bagai sudah kalis dengan pelbagai soalan mengenai kehilangan pesawat itu.
Namun ada masanya, perasaan yang dididik agar sentiasa kuat, merintih jua. Apatah lagi apabila berhadapan dengan pandangan sinis masyarakat yang tidak faham mengapa dia dan ahli keluarga penumpang dan kru yang lain tetap mahu berjuang agar pencarian pesawat itu diteruskan.
"Pencarian itu bukan sahaja bagi mencari penutup bagi kami, tetapi lebih penting adalah mengetahui punca kejadian itu. Jika dibiarkan tanpa jawapan, ada kemungkinan tragedi seperti ini akan berulang lagi dan lebih ramai yang akan menderita apabila terpaksa melalui apa yang kami lalui kini.
"Saya takut sangat jika pencarian kali tidak berhasil, dan mereka akan menghentikan pencarian. That's my biggest fear.
"Jika itu terjadi, terpaksalah saya dan waris mangsa yang lain berusaha sendiri. Mungkin kami akan kumpul dana untuk meneruskan pencarian," katanya tegas.
MH370: Laporan pencarian kepada waris diberi setiap minggu - Liow
BACA: MH370: 'Mak tunggu kau nak, selagi hayat dikandung badan'
Lebih sejam meluangkan masa bersamanya, dapat penulis gambarkan betapa Grace enggan terus berharap adanya kesudahan yang baik untuk tragedi malang itu, sebaliknya dia hanya mahu semua soalan yang menghantuinya diberikan jawapan selayaknya.
Antara persoalan yang bermain di benak fikirannya, mengapa dan siapa yang bertanggungjawab?
Masa kata Grace, mengajarnya untuk bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Baginya, jawapan, biarpun menyakitkan, lebih baik daripada dibiar tergantung tidak bertali.
"Saya sudah bersedia. Sudah empat tahun, saya perlu realistik. Tetapi jauh di sudut hati, masih ada terselit sedikit harapan walaupun ia mungkin hanya angan-angan.
"Macam mana perit sekalipun, saya sanggup menghadapinya. Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang terjadi dan boleh mula untuk move on," ujarnya mengakhiri perbualan.
Madiha Abdullah
Wed Mar 07 2018
Grace Nathan kehilangan ibunya, Anne Daisy, yang merupakan salah seorang penumpang MH370.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun
Penduduk Taman Maran Jaya mula membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga.
Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.
AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.
Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.
42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit
Pengguna WhatsApp kini sudah mencecah 1.5 bilion atau kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan populasi dunia.
Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut
Gerakan pemimpin mahasiswa tuntut tiga perkara iaitu adakan pilihan raya baru, pinda perlembagaan dan tamat ugutan terhadap pihak kritik pemerintah.
Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel, namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.
Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India
Tata Sons berhasrat menamatkan usaha sama syarikat penerbangan tambang rendah dengan AirAsia Bhd.