awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Jepun hantar pasukan bantuan

Bernama
Bernama
12/03/2014
08:39 MYT
MH370: Jepun hantar pasukan bantuan
Tokyo menghantar sebuah pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) pada Selasa bagi memenuhi permintaan Kuala Lumpur membantunya mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di sini bagaimanapun berkata tiada penetapan dibuat tentang skop tugas pasukan itu atau tempoh perkhidmatan unit utamanya.
Namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dijangka digunakan untuk membantu operasi menyelamat pesawat berkenaan.
Menurut kenyataan itu, sebuah pasukan hadapan yang mengandungi lapan pegawai Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Pasukan Pengawal Pantai dan Agensi Kejasama Antarabangsa Jepun berlepas ke Kuala Lumpur semalam.
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Walaupun operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang turut melibatkan negara asing memasuki hari kelima hari ini, namun ia belum dijumpai dan nasib penumpang serta anak kapalnya juga tidak diketahui.
Topic Berkaitan
#bantuan
#hilang
#Jepun
#kl-beijing
#MAS
#MH370
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan