Di sebalik berita yang mendukacitakan mengenai pesawat MH370 semalam, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata ianya adalah berdasarkan peningkatan petunjuk sahih yang diperolehi.
"Adalah mustahil untuk meramalkan berapa lama masa siasatan yang akan diambil. Tetapi selepas 17 hari, pengumuman yang dikongsi semalam adalah realiti yang kita perlu terimaā€¯ katanya di dalam sidang akhbar di KLIA hari ini.
Apabila ditanya bagaimana pihak berkuasa mengesahkan bahawa pesawat terhempas walaupun tiada serpihan ditemui, Ahmad Jauhari menjawab, mereka membuat kesimpulan tersebut dari petunjuk yang boleh dipercayai.
"Malam tadi Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan tentang petunjuk yang boleh dipercayai di mana pesawat itu berakhir. Ia terletak jauh di kawasan terpencil.
"Selepas 17 hari, itu yang boleh kita simpulkan setakat ini" katanya lagi.
Ahmad Jauhari berkata bagaimanapun MAS akan terus menyokong kerja-kerja pihak berkuasa mencari dan menyelamat di selatan Lautan Hindi.
"Seperti orang lain, kita sedang menunggu berita dari pihak berkuasa" katanya.
Beliau menambah bahawa MAS akan menerbangkan keluarga penumpang MH370 ke Australia jika terdapat bukti muktamad daripada pihak berkuasa.
Sebelum ini, kerajaan Australia mengumumkan bahawa pengecualian bayaran visa akan diberikan kepada keluarga pesawat MH370.
Ahmad Jauhari turut memaklumkan MAS sudah menyalurkan bantuan kewangan awal sebanyak AS5,000 dolar kepada keluarga terdekat penumpang.
"Kami tidak tahu mengapa dan kita tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini berlaku"
Beliau juga mengakui bahawa tragedi itu telah sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan syarikat penerbangan itu.
"Ya, perkara ini sememangnya menjejaskan MAS. Namun, kita lakukan yang terbaik untuk memastikan mereka yang membeli tiket diterbangkan dengan selamat dan selesa " katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Beliau berkata Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang telah memberikan taklimat kepada beliau sebelum ini dan telah menemui jawapan berdasarkan data satelit iaitu pesawat berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, kawasan barat Perth.
T K Letchumy Tamboo
Tue Mar 25 2014
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
KKMM bantu polis siasat dakwaan syarikat China kumpul data 1,400 rakyat Malaysia
Saifuddin berkata, kuasa menyiasat merupakan di bawah bidang pihak polis dan KKMM hanya membantu sekiranya dipohon.
MH370: Kesimpulan berdasarkan petunjuk sahih, tiada serpihan ditemui
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini.
MH370: Pegawai AS percaya dua sistem komunikasi ditutup secara berasingan
Pegawai-pegawai Amerika Syarikat, mempercayai bahawa dua sistem komunikasi di MH370 mungkin telah ditutup secara berasingan.