IPOH: Kira-kira 1.30 pagi tadi, genap lapan tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 selepas dilihat kali terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada 2014.
Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu.
Menjelang ulang tahun kehilangan pesawat malang itu, pastinya akan ada dakwaan penemuan baharu dan pada Disember tahun lepas, seorang jurutera aeronautik dari Britain, Richard Godfrey memaklumkan, beliau telah membuat perkiraan lokasi terakhir keberadaan MH370.
Dakwanya, pesawat itu terhempas kira-kira 2,000km dari Barat Perth di Lautan Hindi dan mengulas mengenainya, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Angus Mitchell berkata pihaknya telah mencari "bahagian penting" zon carian yang disyorkan Godfrey.
ATSB meminta Geosains Australia menyemak data yang dipegangnya daripada carian untuk mengesahkan semula bahawa tiada objek berkaitan yang dikesan di kawasan itu.
Mengulas mengenai perkembangan itu, pakar penerbangan Prof Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata pihak Malaysia perlu diberi ruang untuk turut serta bersama-sama pasukan pencarian dengan pihak Australia agar proses pencarian menjadi telus dan pemantauan dapat dilakukan secara bersama-sama.
"Ini dapat mengelak sangkaan-sangkaan buruk atau persepsi terpesong oleh setengah pihak yang mengatakan pencarian baharu ini hanyalah sekadar pertunjukan atau pencarian baru ini adalah konspirasi untuk menagih wang daripada tabung pencarian," kata Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu.
Beliau menarik perhatian, jika pencarian semula dilakukan, adalah lebih baik jika petunjuk baharu dikongsikan agar dapat dianalisis dengan lebih mendalam secara bersama-sama dan memberikan keadilan kepada semua pihak.
Katanya ini juga antara lain untuk memastikan petunjuk itu jitu, tidak bercelaru, dan konsisten dari segi metodologi penyiasatan malahan ini untuk juga memastikan sumber sumber kewangan digunakan secara optimum dan tidak dibazirkan kearah petunjuk yang lemah dan tidak selari dengan kaedah saintifik.
Sementara itu, penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata sekiranya ada sebarang petunjuk baharu maka eloklah sekiranya pencarian dilakukan berdasarkan petunjuk berkenaan.
"Sebarang usaha untuk memberi pengakhiran kepada episod malang ini perlu dilakukan," kata bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia itu.
Menurutnya, Malaysia juga perlu terlibat secara aktif sama ada dari segi penglibatan terus, atau dari segi penyediaan dana untuk pencarian ini, terutamanya sekiranya petunjuk ini difikirkan boleh membawa kepada penemuan puing pesawat itu.
Dalam rakaman ucapan semalam sempena ulang tahun kelapan MH370, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi aspirasi Kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 tidak pernah dilupakan.
Simpati dengan kehilangan dan kesengsaraan mereka yang terjejas susulan tragedi kehilangan misteri MH370, beliau berkata Malaysia juga berminat menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022

Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu. - Gambar fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr
Persembahan tersebut didakwa akan berlangsung pada 26 Ogos depan di ibu negara.

Pembabitan Interpol hanya akan buat saya lebih 'popular' - Jocelyn Chia
Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia memberitahu BBC dia tidak berniat mempersendakan tragedi dan mangsa MH370, tetapi cuba mencari jenaka dalam tragedi tersebut.

Lawak hina Malaysia: KJ, Shahril Hamdan 'sekolahkan' Jocelyn Chia
Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak tersebut.

Jadikan tragedi MH370 bahan lawak tindakan biadab, tidak berperikemanusiaan - Loke
Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.

Jocelyn Chia nyahaktif akaun media sosial, rakyat Singapura sifatkan lawaknya tidak kelakar
Semakan pada akaun IG pelawak di https://www.instagram.com/chiacomedy/ mendorong mesej: "Maaf, halaman ini tidak tersedia.

Lawak melampau: Zambry kecam tindakan Jocelyn Chia
Video itu jelas menggambarkan sikap yang bertentangan dengan nilai ketimuran negara Asia yang terkenal dengan adab dan tatasusila.

9 tahun kehilangan MH370, ini 12 perkara yang perlu anda tahu
Sembilan tahun insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang penuh misteri.

Pencarian MH370 tidak akan dihentikan - Loke
Kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi yang berlaku pada 8 Mac 2014 itu.

Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370
Eksekutif tertinggi Ocean Infinity menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".