awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Malaysia akan hantar pasukan khas ke Perth

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2014
11:42 MYT
MH370: Malaysia akan hantar pasukan khas ke Perth
Malaysia kini dalam proses untuk menghantar satu pasukan ke Perth, yang terdiri daripada wakil Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Berdasarkan kenyataan media oleh Kementerian Pengangkutan, pasukan ini akan bekerjasama rapat dengan Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk membantu operasi pencarian.
Di Australia, enam kapal akan meneruskan misi mencari dan menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 termasuk di kawasan dimana 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.
Kawasan pencarian bagi hari Khamis adalah seluas 16,298 batu nautika persegi di sektor Barat, dan 6,506 batu nautika persegi di sektor Timur.
Satu kapal dari China, Xun Hai, dijangka tiba di kawasan berkenaan malam ini.
Kapal China, Xue Long akan memantau sektor Timur. Dalam sektor Barat pula, ia akan dipantau oleh empat kapal China dan sebuah kapal Australia HMAS Success.
Tambah kenyataan berkenaan, sembilan pesawat diterbangkan ke kawasan carian.
Walau bagaimanapun, semua pesawat yang digunakan dalam misi ini telah diarah untuk kembali semula ke Perth ekoran cuaca buruk.
Topic Berkaitan
#Jabatan Penerbangan Awam
#Malaysia Airlines
#MH370
#Pasukan
#Perth
#SAR
#Tentera Laut Diraja
#Tentera Udara Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan