Pesawat dan kapal telah dikerahkan untuk mengesahkan objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap kepada pemberita sebelum mesyuarat delegasi Australia di Hotel Sama - Sama di sini, beliau berkata maklumat itu merupakan petunjuk baru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-13 pada Khamis.
"Seperti yang saya telah lakukan dari hari pertama, kita mengikuti setiap perkembangan. Harap-harap ini merupakan satu perkembangan positif," kata beliau sambil menambah bahawa ia adalah terlalu awal untuk mengesahkan di mana serpihan itu ditemui.
Ditanya apa jenis serpihan telah dijumpai dan berapa lama ia akan mengambil masa untuk mengesahkan ia, Hishammuddin berkata: "Kita tidak akan tahu, pesawat dan kapal telah dikerahkan"
Kawasan carian untuk carian Australia telah dikurangkan kepada 300,000 kilometer persegi daripada 600,000 kilometer persegi.
"Seperti yang telah kita lakukan dengan imej daripada satelit China dan serpihan lain yang beberapa petunjuk lebih awal. Kami menggunakan format yang sama."
Hishammuddin enggan mendedahkan maklumat apa yang telah diberikan oleh kerajaan Australia.
Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.
Astro Awani
Thu Mar 20 2014


Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir $40 bilion

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 April 2021.

Pindah babi tanpa kebenaran, pemandu lori didenda
Seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah memindahkan tiga ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

AWANI Ringkas: Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Padah pukul isteri guna wayar pengecas telefon, penganggur dipenjara
Akibat memukul isteri menggunakan wayar pengecas telefon bimbit, seorang penganggur dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Vaksin: Pekerja industri perkilangan, pembuatan di P. Pinang, Selangor diberi keutamaan
Pekerja dalam industri perkilangan dan pembuatan khususnya di Pulau Pinang dan Selangor akan diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Rakyat perlu faham yang fatwa adalah bawah kuasa kerajaan negeri - Ustaz Fauwaz
Kekeliruan rakyat tentang pelaksanaan SOP dan sekatan boleh dijawab sekiranya mereka benar-benar faham yang fatwa adalah berbeza mengikut negeri berdasarkan kaedah yang dirasakan terbaik oleh mufti mengikut keadaan di negeri masing-masing, kata Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd, Ustaz Fauwaz Fadzil.

Rakyat tak perlu bayar vaksin kerajaan yang diambil di hospital swasta - Dr Kuljit
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr. Kuljit Singh memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang disenarai untuk mengambil vaksin di hospital swasta tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk ketika ini.

Kerajaan negeri perlu diperkasakan keupayaan untuk mengendali COVID-19 - Dr Khor Swee Kheng
Pakar dasar kesihatan awam, Dr Khor Swee Kheng berpendapat setiap negeri perlu diperkasakan dengan maklumat dan fasiliti yang diperlukan untuk menangani kes dan vaksinasi COVID-19 memandangkan keadaan di setiap negeri adalah berbeza.

Agenda AWANI: Formula menang bersama untuk Malaysia
Diskusi Nazri Kahar bersama Datuk Dr Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Ustaz Fauwaz Fadzil, Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd dan Dr Khor Swee Kheng, Pakar Dasar Kesihatan Awam didalam Agenda AWANI.

MH370: Penemuan objek oleh satelit Australia belum boleh disahkan - Hishammuddin
Hishammuddin bagaimanapun mengakui penemuan dua objek oleh satelit Australia itu merupakan yang terbaik setakat ini.

MH370: Malaysia kerahkan aset untuk sahkan objek yang dikesan - Hishammuddin
Kata Hishammuddin maklumat itu merupakan petunjuk baru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)pesawat MH370 yang masuk hari ke-13.

MH370: Objek sepanjang 24 meter mungkin sayap pesawat Boeing
Objek bersaiz atau panjang 24 meter itu juga memberi petanda pesawat tersebut membuat pendaratan perlahan.