Daripada mencipta teknologi baru menggantikan kotak hitam, lebih baik perbaiki kotak hitam yang sedia ada, kata seorang bekas jurutera kanan Boeing, Profesor Dr Yulfian Aminanda.
Demikian pandangan beliau yang juga ketua penyelidik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika ditemui Astro AWANI pada forum tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, Selasa malam.
"Ia lebih mudah berbanding melaksanakan teknologi baru yang perlu dimajukan dan diuji terlebih dahulu serta mengambil masa yang lama sehingga untuk memastikan ia selamat dan boleh digunakan," kata Yulfian.
Beliau memberi contoh tentang kotak hitam yang menyimpan segala maklumat tentang penerbangan pesawat, di mana ia sukar dicari apabila masuk ke dasar laut serta jangka hayatnya yang agak singkat iaitu selama 30 hari.
"Mungkin mereka boleh buatkan kotak hitam itu apabila terkena impak, ia akan terkeluar dan seterusnya terapung jika terjatuh di lautan. Ini membolehkannya dikesan dengan lebih mudah," katanya sambil memberitahu bahawa teknologi sedemikian memang dalam cadangan pakar.
Mengulas tentang teknologi baru menggantikan kotak hitam seperti sistem 'cloud storage', Yulfian berkata teknologi tersebut juga memang ada namun ia tidak semudah itu untuk memasangnya.
Jelas beliau, hal itu kerana alat tersebut perlu diuji beberapa kali terlebih dahulu untuk dipastikan selamat sebelum ianya disahkan, dan ini mengambil masa yang sangat lama.
"Biarpun ketika teknologi itu telah matang, tetapi ia perlu diuji juga dalam masa nyata (real time), untuk melihat berapa kali ia gagal dan sebagainya," katanya.
Selain itu, beliau juga memberitahu teknologi seperti cloud storage, biarpun lebih mudah untuk memperoleh maklumat darinya, namum terdapat risiko untuk maklumatnya dicerobohi oleh pihak lain.
"Itu lah isunya, iaitu ada kemungkinan pihak boleh menceroboh ke dalam sistem maklumat tersebut," tegas Yulfian.
Forum 'MH370 Tragedy: When science ends, faith continues' (Apabila sains berakhir, iman diteruskan) itu dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan, UIA.
Jangka hayat bateri kotak hitam pesawat Boeing 777-200 seperti yang terkandung dalam penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac itu, hanya mampu bertahan sehingga 30 hari selepas terhempas ataupun mengalami impak.
Hari ini, misi pencarian di dasar laut bagi pesawat tersebut diteruskan dengan melibatkan 10 pesawat tentera dan 12 kapal.
Fokus pencarian hari ini juga melibatkan kawasan radius 10 kilometer sekitar menara mengesan ping yang kedua, yang berlaku pada 8 April.
Haider Yutim
Wed Apr 23 2014

Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MH370: Perbaiki teknologi kotak hitam, kata bekas jurutera kanan Boeing
Prof Yulfian Aminanda berkata teknologi baru menyimpan data menggantikan kotak hitam memang ada namun tidak semudah itu untuk memasangnya.