awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Solat ghaib belum perlu buat masa ini - Ahmad Said

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2014
08:18 MYT
MH370: Solat ghaib belum perlu buat masa ini - Ahmad Said
Para jemaah membaca surah Yasin pada majlis solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Ustaz Ahmad Mustaffa Mohd Sidin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 26 Mac. --foto BERNAMA
Kerajaan Negeri Terengganu belum bercadang untuk mengarahkan masjid di seluruh negeri itu menunaikan solat ghaib bagi penumpang pesawat MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pada masa ini masjid-masjid di negeri itu masih meneruskan solat hajat dan bacaan Yasin serta mendoakan keselamatan penumpang.
Menurutnya pendirian Kerajaan Negeri itu sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Fatwa mengenai perkara berkenaan.
“Kami tidak lakukannya kerana kami sedang menunggu perkembangan selanjutnya daripada apa yang sebenarnya berlaku. Oleh kerana itu, dari segi solat ghaib, kami belum lakukannya lagi. Kami juga telah menerima pandangan dari Majlis Fatwa dan sebagainya,” kata Ahmad Said selepas merasmikan Pusat Latihan Bersepadu Minyak dan Gas (INSTEP) di Institut Teknologi Petroleum Petronas, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar.
Menurutnya Kerajaan Negeri mengikuti perkembangan insiden berkenaan dari semasa ke semasa dan bersimpati dengan tekanan emosi yang dihadapi keluarga mangsa.
Beliau berharap usaha Kerajaan Malaysia dengan bantuan negara lain akan dapat merungkai tragedi MH370 dari pelbagai sudut yang disifatkan penuh misteri.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#bacaan Yasin
#hilang
#Lautan Hindi
#masjid
#MH370
#solat ghaib
#solat hajat
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan