Dari penculikan makhluk asing hinggalah ke muslihat Presiden Rusia Vladimir Putin, pelbagai teori ditimbulkan golongan 'penyiasat' amatur dan juga penganalisis profesional dalam ruang maya bagi menjelaskan insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370.
Semua itu terjadi apabila pasukan penyiasat rasmi meninggalkan ruang kosong khususnya dalam penetapan maklumat dalam pencarian mereka.
Kekecohan membentang teori konspirasi itu turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa misteri MH370 mempunyai kaitan dengan 'konspirasi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ada pihak yang menyembunyikan sesuatu'.
Sementara itu, Presiden Emirates Airlines, Tim Clark secara terang-terangan mengatakan bahawa Malaysia tidak telus dalam mendedahkan maklumat.
Setahun sudah berlalu dan ribuan warganegara dari seluruh dunia masih buntu dalam lingkaran tanda tanya yang menyelubungi pesawat malang yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tersebut.
Berikut adalah antara bermacam-macam andaian teori konspirasi yang pernah diketengahkan dalam portal-portal berita antarabangsa sejak 8 Mac 2014:
Vladimir Putin mengarahkan rampasan pesawat MH370
Penulis sains dari Amerika Syarikat (AS) Jeff Wish 'menjual' teori yang berniat 'nakal' dengan mendakwa pesawat tersebut telah 'dicuri' di bawah arahan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Dia yang juga seorang pakar penerbangan dan bertindak sebagai penganalisis untuk CNN, menulis dalam blognya bahawa sekumpulan perampas Rusia dipercayai berada dalam pesawat berkenaan dan telah mengacau ganggu data penerbangan MH370.
Tindakan itu dilakukan untuk menghasilkan imej seolah-olah pesawat berkenaan melintasi laluan tertentu, sedangkan realitinya ia dilencongkan ke Baikonur Cosmodrome, iaitu sebuah fasiliti pelancar angkasa lepas berprofil tinggi yang digunakan Rusia atas izin kerajaan Kazakhstan sehingga tahun 2050.
Penculikan makhkuk asing?
Agak mudah untuk menuding jari kepada sesuatu yang tidak pasti seperti makhluk asing dan berdasarkan teori itu, makhluk asing lebih memahami misteri kehilangan pesawat MH370.
Ada sesetengah pihak mendakwa makhluk asing memainkan peranan penting dalam insiden besar ini kerana bosan dengan dunia barat sehingga terpaksa beralih ke Asia Tenggara untuk menandakan kewujudan mereka.
Setelah hampir 'gila' kerana tidak puas hati dengan maklumat yang diberikan oleh penyiasat rasmi, sesetengah individu yang kononnya 'berpandangan jauh' terus teguh dengan rumusan bahawa pesawat MH370 telah diculik makhkluk asing.
Malah, sebuah artikel dalam National Report menyatakan, 'sejak tahun 1947 pemerintah kita berbohong tentang makhluk asing dan kini semua orang melihatnya'.
"UFO (objek terbang yang tidak dikenal pasti) ada di mana-mana, di banyak negara. Mereka itu merupakan ancaman kepada kedaulatan negara dan juga dunia," ujar laporan itu yang dengan pantas dikongsi di serata platform media sosial.
Konspirasi CIA dan seseorang menyembunyikan sesuatu - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir juga mendakwa bahawa kehilangan pesawat MH370 merupakan konspirasi CIA. Beliau menyatakan, CIA mungkin tahu lokasi pesawat MH370 dan menyimpan maklumat itu untuk pihak mereka sendiri.
Kata Mahathir, jika sistem kedudukan global (GPS) pesawat berkenaan tidak berfungsi, maka pihak Boeing atau agensi kerajaan AS tentu boleh mengesan lokasinya berdasarkan kemampuan mereka.
Dalam salah satu kandungan blog yang dimuat naik, beliau turut menyatakan sekiranya pesawat MH370 dirampas, kawalan penuh terhadap sistem navigasi pesawat itu telah diaktifkan dari sebuah tempat yang tersembunyi.
"Jelas di sini, Boeing dan agensi-agensi lain mempunyai kapasiti untuk mengambil alih kawalan pesawat-pesawat komersial seperti MH370.
"Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu. Adalah tidak adil jika MAS dan Malaysia perlu menanggung rasa bersalah," ujar beliau.
'Segi Tiga Bermuda' versi Asia
Dalam media sosial, teori tentang kewujudan sebuah lagi kawasan yang mirip zon Segi Tiga Bermuda turut menjadi popular.
Kehilangan pesawat dari radar secara mengejut sepatutnya mempunyai beberapa penjelasan - sama ada berlaku letupan mendadak, masalah integrasi di udara atau kegagalan mekanikal.
Namun, beberapa pihak dengan mudah menganggap pesawat berkenaan sudah memasuki zon 'segi tiga' yang misteri.
Sebelum ini terdapat banyak bot dan kapal terbang telah hilang di atas sebuah hamparan laut di Lautan Atlantik Utara yang dikenali sebagai Segi Tiga Bermuda, termasuk Flight 19 pada tahun 1945. Dalam insiden itu, lima pesawat pengebom torpedo hilang secara misteri.
Namun, adakah wujud satu lagi kawasan seumpamanya?
Seorang pengguna Twitter berkata: "Maka, apakah yang berlaku pada pesawat malaysia ini? Adakah ada Segi Tiga Bermuda versi Asia?"
Seorang lagi pengguna Twitter membalas tuitnya: "Mungkin juga ada".
Kebakaran dalam kokpit
Teori ini datang daripada juruterbang bernama Chris Goodfellow. Dia memberitahu bahawa kebakaran dalam ruang kokpit telah membuatkan juruterbang bertindak melencongkan pesawat ke barat menghala ke sebuah landasan kapal terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Komunikasi yang terputus dengan kokpit, menurut Goodfellow, berkemungkinan ada kaitan dengan kebakaran elektrikal dan itu membuatkan juruterbang perlu memfokuskan kepada pengendalian pesawat berbanding membuat panggilan kecemasan.
Tambahnya, kedua-dua juruterbang berkemungkinan telah pengsan atau terkorban kerana lemas akibat asap sementara pesawat terus terbang selama beberapa jam sebelum kehabisan minyak dan kemudian terhempas.
Ia adalah teori yang baik, kecuali ketiadaan bukti kukuh untuk menyokongnya.
MH370 dan MH17 dikatakan pesawat yang sama
Salah satu teori yang paling pelik diketengahkan oleh 'penyiasat tidak bertauliah' adalah apabila mereka mengatakan bahawa pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine adalah pesawat MH370, sekali gus menafikan ia adalah pesawat MH17 yang dalam jadual penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Berdasarkan teori itu, yang juga disiarkan di pelbagai laman web termasuk humansarefree.com, pesawat MH370 telah dirampas dan dipaksa mendarat di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Mangsa pergolakan kuasa dunia
Ada pula pihak yang mengatakan ia telah dibawa ke pangkalan tentera AS di Diego Garcia dan seterusnya sengaja dijatuhkan di Donetsk oleh agen-agen AS beberapa bulan kemudian dalam operasi yang dicipta untuk menegnakan Rusia.
Kebetulan pula berlaku siri peristiwa dunia yang dimainkan oleh pihak yang mencetus teori, khususnya beberapa buah negara menuduh Rusia membekalkan sokongan ketenteraan kepada puak pemisah Ukraine – termasuk pelancar peluru berpandu Buk yang berkemampuan menembak jatuh peesawat di altitud tinggi.
Pada masa yang sama, Kesatuan Eropah dan AS telah mengetatkan sekatan ekonomi ke atas Moscow.
Sathesh Raj
Sun Mar 08 2015
Turut tersebar adalah teori yang mengatakan Vladimir Putin mengarahkan rampasan pesawat MH370
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Petisyen waris MH370 desak operasi SAR tiga negara diteruskan
Waris penumpang pesawat malang MH370 menerbitkan satu petisyen mendesak agar setiap persoalan yang belum terjawab didedahkan dengan telus.
MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan
Fakta siasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi gambaran lebih jelas dan informasi lebih meyakinkan bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.
Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.
Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.
MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik
Sejak berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, banyak spekulasi dan teori konspirasi tersebar menjadi penyedap cerita insiden tersebut.
#SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370
Malaysia Airlines (MAS) mengadakan majlis tertutup untuk mengingati 13 warga kerja yang hilang dalam penerbangan MH370.
'Memang wajar untuk isytihar MH370 suatu kemalangan' - Liow
Genap setahun selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan tragedi itu.
Malaysia komited untuk terus mencari pesawat MH370 - PM
Malaysia terus komited dalam carian penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tepat setahun yang lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc
Setiap hari Sarah Batjc tidak lupa memikirkan tentang nasib pasangannya, Philip Wood, dan berjanji akan terus berusaha mencari jawapan.
Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.